WALAU DITENTANG, PENDUDUK PALU TETAP ‘KORBAN’ AYAM UNTUK PUJA ‘PENJAGA LAUT’ LEPAS TSUNAMI

Meskipun dapat kecaman hebat daripada golongan ilmuan agama dan macam-macam pertubuhan Islam di Sulawesi Tengah, tak menyangka masih ada masyarakat di sana nak meneruskan amalan bunuh ayam bagi tujuan pemujaan di pantai Talise. Aduhai…

Menurut Berita Harianamalan syirik dan berbentuk pujaan terhadap ‘penjaga laut’ tu masih berlaku walaupun lepas gempa bumi dan tsunami melanda kota tu pada 28 September lalu.

Sumber: Facebook

 

Baca jampi serapah dan menari beramai-ramai

Golongan pendakwah dan pusat pengembangan Islam kat sana jugak kesal sangat dengan upacara adat kuno yang babitkan pembunuhan kejam haiwan terutamanya ayam dan kambing.

Malah upacara ni juga dulu dilakukan pada Festival Palu Nomini sejak 3 tahun lepas yang diketuai dukun lama. Jampi serapah akan dibaca masa upacara tu selain dari tarian beramai-ramai kepada yang terlibat. Uishh macam-macam!

Penduduk tak percaya bencana datang sebab perbuatan syirik 

Menurut seorang penduduk, Ustaz Ehsan Norrahim, 34, dia percaya istiadat syirik ni masih diteruskan penduduk di sana lepas penemuan ratusan bangkai ayam sepanjang pantai Talise, lepas 3 hari tsunami melanda kota tu. Aduh dari bunuh ayam macam tu baik buat bekalan makanan!

Lebih kronik apabila penduduk Palu sebenarnya tak percaya bahawa bencana yang timpa kota tersebut adalah bala yang didatangkan Allah SWT atas perbuatan syirik mereka.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Mereka masih berdegil meneruskan upacara kejam itu sejak awal minggu lalu. Banyak bangkai ayam ditemui disusun di tepi pantai bermula dari Jambatan Ponulele atau Jambatan Kuning sehingga ke Masjid Arkam Bab Al Rahman, Kampung Lele di sini.

“Bangkai ayam yang mati dibunuh dan mempunyai warna bulu yang sama membuktikan amalan syirik itu masih diteruskan walaupun selepas gempa bumi dan tsunami melanda,” katanya.

 

Ramai pengujung pesta dihanyutkan ombak tsunami

Perkara ni bertambah rumit apabila dengarnya upacara ni mendapat restu daripada pihak pemerintah. Hujan lebat dan angin kencang yang menimpa Palu pada tahun 2016 dan 2017 langsung tak diendahkan dan mereka tetap anjurkan pesta ini secara besar-besaran.

“Ramai pengunjung pesta itu turut dihanyutkan ombak tsunami yang turut memusnahkan khemah serta tapak upacara berkenaan,” katanya.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! VK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @VIRAL KAMI

Sumber:Dah Ke Belum

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*