[VIDEO]”Jujur Dan Keikhlasan Lebih Berharga

Pencetus Ummah adalah sebuah program realiti Islamik yang mencari pendakwah berkebolehan dan versatile, disertai oleh 12 peserta lelaki Muslim dari seluruh pelusuk negara yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza dan menarik. Namun, mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menyebarkan dakwah. Mereka bakal dinobatkan sebagai Juara Pencetus Ummah 2015 setanding PU Hafiz (Juara Musim Pertama) dan PU Azman (Juara Musim Kedua). Pada kali ini, rancangan yang mendapat sambutan ramai ini telah diacarakan oleh Ustaz Hj. Zulkifli Hamat dan ditemani oleh seorang pelakon komedi, pelawak dan pengacara iaitu Hj. Shamsul Ghau Ghau. Terdapat kelainan pada musim ketiga ini dimana para peserta akan dibimbing, dipantau dan diberi tunjuk ajar oleh Mudir dan Muallim. Rancangan ini bersiaran secara langsung di dalam slot ‘Mimbar Pencetus Ummah’ bermula 15 Oktober 2015 bersamaan 02 Muharram 1437H, setiap hari Khamis jam 9.30 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD.

VIDEO:

KOMEN NETIZEN:

Kejujuran sangat penting dlm hidup kita…

HablumminAllah wa Hablumminannas. InsyAllah ustaz.

(Teks By Staff VIRAL KAMI)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! VK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @VIRAL KAMI

SUMBER: Instagram @puman_official Via VIRAL KAMI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*