[VIDEO] “Tahniah Mike Berjaya Buat Saya Nangis” – Ramai Yang Puji Ters3ntuh Dengan Lakonan Michael Ang Menerusi Titi Kayu

Jika kebiasaanya drama Melayu banyak yang ‘menghidangkan’ isu kekeluargaan dan kisah cinta, tetapi tidak buat Titi Kayu. Ditayangkan menerusi slot Carekarama di TV3 Sabtu lalu, Titi Kayu bagaikan satu fenomena baru dan membuktikan penonton di Malaysia sudah ‘muak’ dengan kisah drama cliche saban tahun.

Manakan tidak sejak dari tayangannya ramai yang memperkatakan mengenai Titi Kayu di laman sosial popular. Malah rakaman penuh Titi Kayu yang dimuatnaik oleh saluran TV3 juga sudah raih lebih 60,000 views!

Sinopsis Titi Kayu

Titi Kayu berkisarkan tentang seorang lelaki berbangsa Cina yang lurus bendul, Ah Lim berusia 35 tahun. Watak utama ini dilakonkan oleh pengarah terkenal, Michael Ang. Ah Lim bersahabat baik dengan Umar, 9 tahun. Rumah mereka berhampiran namun terpisah dengan sebatang sungai. Jadi Ah Lim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh untuk menemui Umar.

Jadi, mereka mendapat idea untuk membina titi bagi memudahkan untuk bertemu. Bermulalah kisah Ah Lim dan Umar berusaha demi sebuah titi kayu…

Sebalik Tabir.

Pagi ini, menerusi laman Instagram Michael Ang, beliau kongsikan video balik tabir sepanjang rakaman Titi Kayu.

Rata-rata netizen yang menonton Titi Kayu ternyata ramai yang terkesan dengan hasil lakonan pengarah tersohor ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Terbaik cerita ni. Tersentuh hati”

“Tahniah Michael Ang!”

“Jalan cerita menarik!”

Buat yang terlepas menontonnya di televisyen Sabtu lalu, korang boleh layan drama air mata ini di laman Youtube rasmi TV3 .

 

View this post on Instagram

 

Titi dah siap! Jgn lupa 9.30mlm TV3 Cerekarama Sabtu 9hb Feb ni ok! Luv u all! Producer @sharifahshahora Director @rajamukhriz

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

Sumber : IG michael Ang Via Media Ohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*