[video] Johan As’ari Mengaji Quran Dalam Kereta Buat Ramai Wanita Jatuh Cinta

Pelakon Johan As’ari atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari dapat pujian kerana kemerduan suaranya mengaji al-Quran yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini.

Johan yang terkenal melalui watak Botak juga berkata rajin-rajinlah mengaji al-Quran agar hati sentiasa tenang.

Hati yang tenang pula memudahkan untuk melepaskan segala perkara keduniaan yang bersifat sementara.

Video beberapa minit itu telah ditonton lebih 17 ribu kali dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

“Bila jalan jauh dan ada pembantu peribadi jadi bolehlah mengaji Al-Quran.Hanya ALLAH S.W.T. yang maha besar.”

Rata-rata netizen menyifatkan Johan seorang artis yang patut dibanggakan dengan amalannya. Ada juga berseloroh berkata bahawa Johan calon suami yang baik.

Menurutnya lagi, dia tidak segan untuk berkongsi video mengaji al-Quran itu bersama pegikutnya di samping dapat menarik minat gologan muda di luar sana untuk melakukan aktiviti sama.

Kini, Johan dalam pengambaran drama berjudul Jurnal Suraya. Drama 13 episod arahan Zul Huzaimy ini turut menggandingkannya bersama Nad Zainal sebagai teraju utama naskhah itu. – mediahiburan
Share this:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*