[VIDEO] Apa Yang Jadi Bila Ex Datang Terjah Ain Edruce Depan Kamera. Terkedu Beb!

Ikatan cinta antara pengacara Ain Edruce dan Ezzrin Loy tidak berakhir dengan baik apabila mereka memilih haluan masing-masing. Walaupun memilih tidak terlalu terbuka mengenai hubungan mereka sebelum ini, namun nampaknya mereka tetap profesional apabila bertemu.

Buktinya, mereka dipertemukan dalam satu rancangan terbitan HurrTV di Youtube. Memang terkedu habis Ain dibuatnya!

‘Apa dia buat kat studio ni?’

Pada mulanya Ain dilihat mengacarakan rancangan hiburan itu seperti biasa namun detik paling mahal apabila Ezzrin tiba-tiba muncul membuatkan si cantik ini terpinga-pinga lalu keluar dari set. Walaupun begitu, dia kembali muncul dengan gelak tawa dan meneruskan pengacaraan seperti biasa.

Pujian harus diberi kepada selebriti tinggi lampai ini apabila dia tetap mengacarakan seperti biasa dan masih boleh bertanyakan 3 perkara mengenai bekas kekasihnya yang ramai orang tak tahu. Sesekali mereka juga saling sakat-menyakat dan memberi pickupline sehingga membuatkan rancangan berkenaan kelakar dan menghiburkan.

Sumber: Hurr TV

Kredit; Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*