[VIDEO] Aidil Aziz Tak Berbaju, Tayang ‘Body Sado’ & Kekar

Sejak dua menjak ni, ramai betul selebriti yang sering tayang-tayang badan. Sebelum ini kita dapat lihat Norman HakimZain Sidin dan Ajai tayang body Sado, tapi kini tiba giliran pelakon Aidil Aziz.

Kita sedia maklum dengan kontroversi membabitkan Aidil sebelum ini sehingga hampir membawa dirinya ke tali gantung kerana dituduh mengedar dadah jenis ganja dan memiliki senjata berbahaya.

Bagaimanapun Aidil, yang dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 pada Desember tahun lalu kini aktif di media sosial dengan memuat naik beberapa gambarnya yang ternyata berbadan kekar.

Gambar-gambarnya yang sering tak berbaju atau topless ketika bermain bola sepak membuatkan para peminat panas dingin.

Aidil bakal muncul dalam sebuah cerekarama berjudul Qalbu pada 19 Mei 2018 di TV3 bergandingan dengan pelakon popular Fasha Sandha. Dalam drama ini, terlihat Aidil tak berbaju sehinggakan menampakkan tubuhnya yang sasa dan kekar.

Jadi gadis-gadis di luar sana, terpegun tak?

 

Sumber: hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*