Ustaz Pecah Rahsia Perubatan Islam Untuk Wanita Haid Tidak Teratur , Cyst Dan Sukar Hamil . Ramai Yang Dah Cuba !

Di sebabkan ramai yg bertanya balik..Sy kongsikan lagi sekali ia sebagai iktiar merawat pesakit yg mengalami #masalahHaid Tidak Teratur,#MasalahCyst,dan masalah #sukar hamil..
Ramai Pesakit2 sy yg iktiar hamil buat cara begini izin Allah berjaya #Hamil..
Semua atas izin Allah..
Bahan2 nya:
1)1 Biji Kelapa
2)5biji lada Hitam biji
3)garam Halus
4)Serai 3batang

Cara nya..
Ambil sebiji kelapa Muda,Buka kelapa itu di atasnya,ambil 5biji Lada hitam,di tumbuk Lada hitam itu Sehingga hancur.Setelah hancur masukkan ke dalam kelapa itu..Selepas itu ambil serai 3batang,di ketuk sedikit serai tu kemudian masuk kan dalam kelapa itu.Kemudian ambil secubit Garam halus masukkan. Sedikit dalam kelapa tersebut.Selepas itu bakar kelapa itu kira2 dalam 10-12minit.Selesai bakar

Baca :
Al Fatihah:1x
Bismillah 5 :3x
Al ikhlas :3x
Dan selawat 3x..

Selesai baca minum air tersebut..

InshaaAllah izin Allah sekiranya haid lambat keluar akan keluar ,jika tak teratur kembali seperti normal,jika ada cyst akan kembali mengecil..
Sekiranya banyak sedawa,nak muntah,perut rasa panas pijau, nasihat sy dapatkan Rawatan Islam berhampiran ya.
Semua atas izin Allah,Buat dgn yakin pada Allah..
Sebaiknya minum sebelum period buat seminggu Satu Kali..
Bila dah period stop dahulu ..
Ini sebagai iktiar yg mengizinkan semua dari Allah..Bagi #NonMuslim pun blh amalkan juga ya..
Jika Allah izinkan inshaaAllah akan sembuh..
Moga bermaafaat untuk anda Semua

SUMBER : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Petua-Petua Di Bawah Antara Yang Menarik Untuk Dikongsi :

Jangan Buang , Ini Dia Cara Mudah

& Berkesan Untuk Tampal Periuk

Bocor Tanpa Perlu Beli Baru

 

Periuk yang selalu digunakan untuk memasak, lama kelamaan akan bocor dan berlubang. Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi membaiki periuk bocor ini dan salah satunya ialah dengan menggunakan kulit pisang.

Cara-caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu panaskan periuk yang bocor tu kemudian kecilkan apinya. Kemudian ambil kulit pisang yang di sebelah dalam, tenyeh @ tonyoh berulang kali ditempat yang bocor. Biarkan seketika diatas api.

Hasilnya, periuk yang bocor sudah boleh digunakan seperti biasa. Ia mungkin disebabkan oleh getah yang ada pada kulit pisang membuatkan lubang tersebut tertutup dan melekat. Dengan cara ini, walau periuk dibasuh berkali-kali, periuk tetap tidak bocor.

Lagi Petua Di Bawah :

Air Rebusan Paling ‘Terlajak Laris

’, Inilah Rahsia Wanita Dulu-dulu

Tetap Cantik Luar & Dalam

 

Kebanyakan wanita hari ini jarang yang amal minum air rebusan seperti ini, walaupun sudah tahu tentang khasiat dan kebaikannya untuk tubuh badan.

Namun jika benar anda mahu jaga badan untuk Encik Abang Sayang, bolehlah jadikan minuman ini sebagai amalan…
1. REBUSAN SERAI & HALIA
Ambil 3 batang serai
4cm halia @ 2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air.
Tunggu suam diminum.

Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan. Kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

2. REBUSAN SIREH
Ambil daun sireh 3 ke 5 helai.
Direbus dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan diminum.
**Tambahan: boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.

Rebusan ini seeloknya diamalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
3 . REBUSAN SIREH & DAUN INAI
3 atau 5 helai daun sireh.
Segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.

Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.Elok diamalkan selepas haid.
4. REBUSAN HALIA, SERAI, CENGKIH & KUNYIT
2 / 3 batang serai diketuk
3cm halia (tua/muda) diketuk
2cm kunyit diketuk
Sedikit kulit kayu manis / bunga
Cengkih / bunga lawang
Daun pandan sehelai
Sedikit gula batu (boleh diganti madu jika suka)

Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja. Bagus untuk mewangikan tubuh badan wanita dalaman dan luaran.Segala resepi dan ramuan di atas, anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda. Tidak disyorkan ambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid dan lemak.

Bahaya ‘Kuning’ Pada Bayi Baru

Lahir , Ini Petua Orang Tua Yang

Anda Perlu Tahu Untuk

Mengubatinya

 

1. Berikan susu badan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dan ia dapat menyingkirkan bilirubin dari badan.

2. Ibu perlu banyak minum parti kurma( jual di kedai arab),2 sudu 1 hari atau jadikan jus minum pagi & malam sepanjang tempoh menyusu kerana susu ibu sangat baik untuk merawat bayi yang terkena jaundice.dan pati kurma juga mampu membanyak kan susu ibu.

3. Elakan penjemuran kerana kulit bayi masih lagi nipis dan kurang perlindungan. Jika terpaksa berjemur, maka jemurkan pada waktu awal Dhuha iaitu ketika jam 8.30 – 9.30 pagi. Lebih dari waktu ini kulit bayi sudah tidak boleh menerima kepanasan cahaya matahari lagi.

4.Para ibu dinasihatkan tidak memakan seperti lada hitam,jamu,halia kerana bahan tersebut boleh memyebabkan jaundice lambat pulih

*Amalan petua melayu lama jangan di lupa . Rawatan untuk baby jaundice@penyakit kuning

Asam jawa 1 genggam
Ramas sehingga hancur
Kucai 1 cekak
Belenda sehingga hancur dan tapis

Selesai smua tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yg tinggal,masukkan kedalam besen mandian baby bersama air suam2,Mandikan baby dalam masa 20 min,lebih baik badan baby tenggelam agar mandian kucai & asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan baby,

Sangkuang Cina
Kupas kulit tumbuk pastikan lesung batu di rumah di cuci dahulu memgunakan pencuci khas cucian botol susu,tapis berulang2 supaya tiada sisa2 sangkuang.
Titik kedalam mulut baby,sengkuang cina di percayai memyejukan badan,

Di ingat kan pemberian sangkuang cina pada baby bukan seperti pemberian susu kepada baby,hanya sedikit sahaja tujuan merawat secara tradisional . Ulang setiap hari sehingga baby bebas dari zon jaundice @ penyakit kuning.

Sumber : resepimemikatsuami