Betapa Indah Nya Bermadu,Terima Kasih Dua Insan Mulia Ini Sudi Terima Saya Dan Anak-anak – Datuk Nurulhidayah

Kisah personaliti, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang menjadi isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan terus menjadi perhatian ramai.

 
Netizen terutamanya berasa kagum melihat Nurulhidayah mempunyai hubungan rapat dengan madunya yang dipanggil sebagai ‘kakak’. 
 

 

 

Meskipun ada segelintir pihak yang memberi tanggapan negatif, namun anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini tak mahu mengambil pusing tentang kata-kata orang. 
 
Menerusi satu entry di laman Instagram miliknya, Nurulhidayah berkongsi tentang isu poligami. 
 

“Keharusan berpoligami mempunyai hikmah bagi kepentingan serta kesejahteraan umat Islam. Poligami bertujuan menghalang terjadinya perceraian antara pasangan.”
 
Katanya lagi, dalam situasi yang beliau alami sekarang, beliau berasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan dua insan mula yang sanggup menerima bukan sahaja dirinya sebaliknya anak-anaknya juga. Sudah pasti dua insan tersebut ialah suami dan juga madunya. 
 
“Dalam kes saya, saya kematian suami dan mengambil keputusan untuk berkahwin setelah setahun kerana bagi saya, saya telah dipertemukan dengan DUA insan mulia yang berbesar hati menerima saya dan anak2 saya (anak yatim) dalam hidup mereka. 
 

“Semoga Allah membalas jasa mereka berdua dengan rahmat dan kemudahan dunia akhirat. Kembali kepada agama, bukan nafsu semata.”
 
Nurulhidayah turut mengingatkan semua, bagi mereka yang berpoligami jangan sesekali lari dari tujuan sebenar poligami seperti yang diajarkan oleh Nabi S.a.w.
 

 

 

“Secara kesimpulan, janganlah lari dari tujuan berpoligami menurut Rasulullah adalah untuk memberi perlindungan dan martabat kepada wanita terutamanya bagi yang kehilangan suami dan mempunyai anak (anak yatim)..”
 

Netizen di ruangan komen berasa kagum dengan semangat dan juga nilai yang ditunjukkan oleh Nurulhidayah.
 
Mereka turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Nurul, suami dan juga madunya. 
 
“Saya terharu dengan kata-kata sis..semoga kalian semua bersama hingga syurga Allah…”
 
 
Apa pula kata anda tentang poligami?-CARI