“Tak Duduk Sebumbung Ke Dengan Nabila?” – Sering Disoal Peminat, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad

Baru-baru ini aktor kacak Sharnaaz Ahmad telah mencuri tumpuan peminat apabila memuat naik foto bersama anaknya. Namun kapsyen yang ditulis pelakon itu telah mengundang spekulasi daripada peminat, tentang status rumah tangganya bersama kakak kepada pengacara popular, Neelofa.

Sharnaaz Ahmad yang menulis kapsyen menyatakan kerinduannya kepada anak lelakinya, telah mengundang spekulasi peminat yang mengesyaki, seolah-olah pelakon itu tidak tinggal sebumbung bersama anak dan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

Baba miss u my little silat boy @jebatjayden satu hari nanti kita pi sembahyang jumaat sama sama naa syg..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


Baru-baru ini aktor kacak Sharnaaz Ahmad telah mencuri tumpuan peminat apabila memuat naik foto bersama anaknya. Namun kapsyen yang ditulis pelakon itu telah mengundang spekulasi daripada peminat, tentang status rumah tangganya bersama kakak kepada pengacara popular, Neelofa.

Sharnaaz Ahmad yang menulis kapsyen menyatakan kerinduannya kepada anak lelakinya, telah mengundang spekulasi peminat yang mengesyaki, seolah-olah pelakon itu tidak tinggal sebumbung bersama anak dan isterinya.

Baba, miss you!

Pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila selamat dikurniakan cahaya mata yang diberi nama Jebat Jayden pada Ogos 2018, selepas mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Di ruangan komen, peminat mula meninggalkan komen bertanyakan kesahihan sama ada Sharnaaz tidak lagi tinggal bersama isteri, memandangkan pelakon itu sentiasa menyatakan kerinduan kepada anaknya.

Abang Sharnaaz, tak tinggal sebumbung dengan Kak Nabila ke?

Selepas kerap diajukan pertanyaan yang sama, Sharnaaz dilihat telah menjawab soalan peminat di ruangan komen,Menurut Sharnaaz, sebab dia kerap memuat naik foto dan kapsyen merindui Jebat Jayden, adalah kerana dia sedang menjalani penggambaran di luar kawasan dan semestinya dia amat merindui anaknya apabila berjauhan.

Makcik bawang janganlah banyak menyibuk!

Ada juga peminat yang menasihati netizen supaya tidak menyibuk tentang hal rumah tangga Sharnaaz dan Noor Nabila, kerana perkara itu adalah privasi mereka suami isteri.

Aku harap kau baik2 je bro!

Rata-rata ramai yang meninggalkan komen mendoakan yang terbaik buat rumah tangga Sharnaaz dan Noor Nabila.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

Sumber:Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*