Sengaja Berseluar Dalam! Ini Pengakuan Fuad Al-Hakim

Ketika Izzue Islam mengambil langkah untuk tidak menjadi model seluar dalam milik jenamanya berlainan pula bagi pelakon baharu ini, Fuad Al-Hakim yang memuat naik gambarnya di Instagram dengan hanya memakai seluar dalam.

Pakai Seluar Dalam Kerana Terikat Kontrak

Fuad yang sebelum ini lebih dikenali di negara kelahirannya, Singapura mengaku memang sengaja ‘memakai’ dan memuat naik gambarnya yang hanya berseluar dalam di Instagram. Menurutnya, itu semua adalah sebahagian daripada komitmen yang dipilih menjadi model kepada sebuah jenama pakaian lelaki.

Sanggup Berlakon Adegan Panas

Dalam perkembangan lain, Fuad juga sudah bersedia untuk berlakon adegan panas sekiranya ditawarkan biarpun tahu ia boleh mencetuskan kontroversi dan kecaman netizen.

Bagi pelakon yang pernah merangkul gelaran Juara Manhunt Singapore 2015 berkata, sebagai pelakon, dia tidak boleh memilih watak dan perlu menggalas tanggungjawab mengikut skrip yang diarahkan. Sejak gambar Fuad berseluar dalam, pelbagai kecaman juga diterima. Apa pendapat anda?

Sumber  Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*