“Sendiri Buat Onar Pastu Nak Sal4hkan Orang Lain”. Rita Rudaini ‘Sovnd’ Artis Cet3k Akal, Memang ‘Power’ Ayat Dia

Isu penyebaran foto dan video luc4h dalam kalangan artis beberapa tahun kebelakangan ini bagaikan sukar dibendung. Ditambah dengan kuasa media sosial, perkongsiannya sangat pantas tanpa disedari artis itu sendiri.

Perkara ini bukanlah baru dalam industri hiburan, Sebelum wujudnya media sosial, insiden sedemikian pernah berlaku namun tidak sepantas sekarang.

Namun, persoalannya siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini memandangkan ada kalangan artis jelas tidak mengambil pengajaran?

Walaupun rakan artis lain sudah terkena, masih ada yang tetap mengulangi kesilapan sama. Sudah menjadi lumrah apabila setiap inci pergerakan artis akan menjadi perhatian. Bahkan, hakikatnya ramai mata-mata di luar sana yang takkan berhenti untuk mencari kesalahan artis walau dengan alasan apa sekalipun.

Menyedihkan, artis sendiri peka mengenai perkara itu, tetapi masih mengambil risiko mempertaruhkan marvah diri. Apabila sudah terkena batang hidung sendiri, menyesal pun tidak berguna.

Secara logiknya, artis sendiri sepatutnya memainkan peranan dalam menangani hal sebegini supaya tidak berulang. Ikuti pandangan beberapa artis tempatan kita berhubung isu ini.

Sendiri yang buat on4r, nak sal4hkan kedai telefon pula

“ Apabila perkara ini selalu terjadi, artis mulalah salahkan individu lain, kawan dan kedai telefon. Dari situ kita sendiri boleh nilai tahap akal mereka padahal diri sendiri yang buat onar.

Kenapa sewaktu melakukannya mereka tidak fikir masak-masak pula? Jika perkara itu terlintas di fikiran, tak payah buat pun. Untuk apa rakam aksi sebegitu?

Untuk buat kenangan? Tak payahlah. Sendiri punya badan, hari-hari boleh tenung sendiri. Saya pun tidak faham apa yang mereka fikir sampai sanggup buat panggilan video sambil menunjukkan alat sulit kepada orang lain. Silapnya di sini, mereka tidak fikir panjang sebaliknya hanya berfikir untuk berseronok saja.

Akal tak bijak pun tak gvna

Tak kisahlah populariti tengah memuncak, tawaran tak putvs, tetapi jika akal tak bijak pun tak guna. Popular menerusi hal mengaibkan bukan pencapaian yang boleh dibangga-banggakan, ya.

Tidak kiralah artis atau bukan, tolonglah berfikir lebih bijak. Yang bijak dalam pelajaran pun belum tentu akalnya juga bijak berfikir mengenai kehidupan.

Kalau betul nak bersihkan nama sekalipun, mengaku saja silap itu datang daripada diri sendiri. Tidak perlu menuding jari kepada orang lain.”

“ Sebelum kita menuding jari kepada pihak lain, lebih baik kita salahkan diri sendiri dulu. Ini disebabkan, kita terlalu percaya dan senang tertipu dalam hal ini.

Sebagai artis, kita kena jaga etika diri sebaik-baiknya terutama dengan orang yang baru kita kenal. Walaupun kawan sendiri, kena beringat selalu memandangkan kita tidak tahu niat masing-masing.

Tidak dinafikan, ada yang berkawan dengan kita secara ikhlas namun ada juga berkawan untuk niat tertentu.

Jaga bat4s pergavlan

Kata Andi Bernadee, menjaga batas pergaulan adalah hal yang sangat penting. Apa keadaan sekalipun, artis perlulah benar-benar pandai jaga diri. Hakikatnya, sekarang ramai di luar sana akan sentiasa mencari ruang untuk mengambil kesempatan terhadap artis.

Sebenarnya saya sendiri rasa tidak layak untuk komen mengenai hal ini apalagi belum terkena batang hidung sendiri. Tapi, saya ingin berkongsi peringatan ini buat diri sendiri dan orang lain di luar sana.

Bagi saya, menjaga batas pergaulan adalah hal yang sangat penting. Saya sebolehnya memilih untuk bergaul dan keluar dengan orang yang boleh dipercayai.

Elakkan diri daripada percaya terutama orang yang baru kita kenal di alam maya. Takut nanti, kita menjadi mangsa dan diambil kesempatan oleh individu yang berniat buruk. Akhirnya, tolonglah hentikan segala aksi-aksi tidak senonoh yang akhirnya hanya akan menjejaskan maruah diri.”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

SUMBER: Express Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*