Rupanya kita boleh servis ‘Aircond’ guna ‘Remote’ je. Barulah kekal sejuk & nyaman.

Rupa-Rupanya mak-mak boleh Servis Aircond atau penghawa dingin sendiri dirumah sendiri hanya menggunakan alat Kawalan Jauh (remote) sahaja. Yang penting perlu tahu caranya, barulah aircond boleh bertahan lama, kekal sejuk dan tak mudah rosak.

Cara-caranya selepas gunakan aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond sebaliknya buat langkah berikut .

TEKNIK-TEKNIK BERSIHKAN AIRCOND:

1.Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
2.Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
3.Kemudian barulah matikan aircond.

MENGAPA TETAPKAN KE MODE ‘FAN’?

Tujuan tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan)

Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Selamat Mencuba!

Sumber: SyamZone Via mingguanwanita.my

7 CARA BIJAK GUNAKAN PENYAMAN UDARA UNTUK JIMATKAN BIL ELEKTRIK

Boleh dikatakan setiap rumah kini, mempunyai penyaman udara atau ‘air conditioner’. Cuaca panas yang berterusan walaupun pada waktu malam, menyebabkan ada antara kita memasang penyaman udara sehingga 24 jam! Ia bagaikan suatu ‘keperluan’ demi keselesaan ketika berada di rumah.

Namun cara penggunaan penyaman udara yang tidak bijak boleh menyumbang kepada pembaziran elektrik sekaligus menyebabkan bayaran bil elektrik melambung tinggi setiap bulan.

Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan;

1. TUTUP SUIS UTAMA

TUTUP SUIS UTAMA SETIAP KALI MENUTUP SUIS AIRCOND. TABIAT MENUTUP SUIS UTAMA NAMPAK SEPERTI TIADA BEZA TETAPI TAHUKAH ANDA BAHAWA DENGAN MELAKUKAN INI, ANDA TELAH JIMAT 10% DARI JUMLAH PENGGUNAAN ELEKTRIK DI RUMAH!

Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.

2. SET MASA

GUNAKAN PEMASA (MOD TIDUR) UNTUK MENUTUP PENGHAWA DINGIN ANDA SECARA AUTOMATIK SELEPAS BEBERAPA JAM APABILA BILIK TELAH SEJUK ATAU SELEPAS KITA TIDUR. ANDA BOLEH ON UNTUK SATU ATAU DUA JAM KEMUDIAN TUTUP SECARA AUTOMATIK DAN GUNAKAN KIPAS.

Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.

3. TETAPAN SUHU

SET PENYAMAN UDARA PADA MODE ‘DRY’.TETAPKAN SUHU PADA 24°C ATAU LEBIH. 24°C IALAH SUHU YANG SELESA. UNTUK MAKLUMAN, KOMPRESOR PENYAMAN UDARA AKAN MENGGUNAKAN TENAGA ELEKTRIK YANG BANYAK APABILA BEKERJA UNTUK MENYEJUKKAN UDARA DI BAWAH SUHU 24°C.

Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.

ELAKKAN DARIPADA MELARASKAN SUHU PENYAMAN UDARA DI TAHAP TERENDAH, IAITU 16 ATAU 18 DARJAH CELCIUS. SEBOLEHNYA SELARASKAN IA SEKITAR 23-25 DARJAH CELCIUS SAHAJA MENGIKUT KEPERLUAN. SETIAP 1 DARJAH CELCIUS PENURUNAN SUHU TELAH MENINGKATKAN 10% PENGGUNAAN ELEKTRIK ANDA.

4. GUNAKAN KIPAS

Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).

5. BERSIHKAN ATAU TUKAR PENAPIS PENYAMAN UDARA SETIAP BULAN

Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.

PENAPIS UDARA YANG KOTOR MENGURANGKAN KEBERKESANAN UNIT ANDA, MENGGUNAKAN ELEKTRIK LEBIH BANYAK DAN KOS YANG LEBIH TINGGI.

6. JADUALKAN PENYELENGGARAAN TETAP UNTUK PENYAMAN UDARA ANDA

Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.

7. BELI PENYAMAN UDARA YANG ADA LOGO ENERGY STAR

TUKAR PENYAMAN UDARA YANG LEBIH 10 TAHUN, KERANA PENYAMAN UDARA YANG TERLEBIH USIA TIDAK LAGI BEROPERASI DENGAN ELOK. DENGAN KATA LAIN, ELEKTRIK GUNA BANYAK, TAPI BILIK TAK SEJUK PUN!

Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.

Jadilah pengguna yang bijak!

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! VK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @VIRAL KAMI

Sumber:Koleksi Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*