Rosmah Pindah ‘Handbag’ Birkin, Farid Kamil Puji Ben Ali Buat Laporan Polis

Pelakon Ben Ali atau Nur Ali Nadzwan, 28, hari ini telah membuat laporan polis berhubung cubaan memindahkan sejumlah 50 beg tangan berjenama Birkin dipercayai milik Datin Seri Rosmah Mansor yang setiap satunya tidak kurang daripada RM200,000 ke dalam dua buah unit kondo mewah di ibu negara.

Ben yang juga Exco (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) PPBM Nasional berkata menerima maklumat dan rakaman video menunjukkan bahawa lebih kurang 50 buah tas tangan jenama ‘Birkin’ sedang dipindahkan daripada sebuah van milik Jabatan Perdana Menteri ke beberapa buah unit kondominium di Pavillion Residence KL.

Satu laporan telah dibuat kepada pihak polis di IPD Dang Wangi dan siasatan sedang dijalankan. Ben berkata, pihak polis juga menasihatkan agar hal ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan.

Farid Kamil Puji Tindakan Ben Ali

Tindakan pantas Ben ini turut mendapat sokongan pelakon popular Datuk Farid Kamil yang menganggap Ben sebagai ‘Hero Baru Malaysia’.

Ben Ali Teman Baik Farid Kamil

Pada yang tidak tahu, Ben merupakan teman rapat FaridSemasa kes penahanan Farid kerana dituduh memiliki dadah, Ben telah tampil memberikan penjelasan panjang lebar mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada malam sebelum Farid ditangkap. Penjelasan ini dapat membuktikan Farid tidak bersalah.

 

Sumber: hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*