Resepi Biskut Buah Kana Untuk Resepi Biskut Raya Pilihan

Biskut buah kana merupakan salah satu biskut yang sukar dicari pada masa sekarang.Nasib baik di sini anda boleh dapatkan resepi biskut buah kana ni beserta tips lagi.Selamat mencuba tau.

Menyebut mengenai biskut buah kana, biskut ini popular sejak zaman saya kecil lagi dan sekarang susah nak diperolehi . Tapi anda jangan bimbang,hari ini saya mahu berikan tips dan resepi penuh biskut raya yang menggamit memori ini.

Salah satu perkongsian daripada Puan Amanda Rania Zafreen yang membuat servis tempahan biskut buah kana akan berikan resepi penuh yang sedap ni.Kalau anda berminat ,boleh ke fb beliau di link yang disertakan pada nama.

Yang istimewanya, biskut ini menjadi pilihan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Bahan-Bahan untuk biskut buah kana : 

  • 150 gram butter ( gunakan pure butter untuk lagi sedap )
  • 90 gram gula aising
  • 1 biji kuning telur saiz B
  • 180 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder

Untuk mencantikkan biskut ini, boleh gunakan pewarna yang anda mahu dan juga biskut ini boleh dilekatkan bersama seperti dalam gambar.Boleh gunakan jem buah-buahan ya.

Cara – cara membuat biskut buah kana :

#1: Ayak terlebih dahulu tepung gandum bersama tepung jagung dan juga baking powder supaya sebati.Ketepikan. Pukul butter bersama gula dan kuning telur sehingga sebati.Tak perlu kembang.

#2: Masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli deengan tangan.Ya guna tangan sahaja.Kalau nak masukkan pewarna, masukkan pada ketika ini. Bila dah siap rehatkan adunan biskut kana ini dalam masa 10 minit .

#3: Ambil sedikit doh dan bentukkan ke dalam acuan buah kana seperti di bawah ini. Selepas dikeluarkan daripada acuan, susun biskut ke atas dulang pembakar yang sudah disapu dengan lapisan nipis  marjerin.

#4: Bakar pada suhu 170’C – 180’C bergantung pada jenis oen anda dan selama 20-25 minit. Selepas dikeluarkan , sapu jem yang akak mahu ketika biskut masih panas dan lekapkan bersama.

Simpan dalam balang lepas tu nak makan ambil je.Sedap rangup dan terasa jem buahnya yang melekat bersama.Jangan lupa untuk mencuba biskut raya ini tau.

 

Sumber: dari dapur

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*