Masak Lemak Cili Api Ikan Puyu Bersama Mangga Muda

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Ikan Puyu Bersama Mangga Muda?

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 ekor ikan puyu
  • 15 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • (Cili api, bawang merah, kunyit hiduo dikisar bersama air)
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 1 biji mangga muda (Saiz kecil)
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan puyu dan tuskan.
  2. Buangkan biji mangga dan dipotong kecil.
  3. Masukkan semua bahan kecuali garam ke dalam periuk.
  4. Kacau rata dan masakkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

 

 

Sumber: myresipi.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*