Mana-mana individu yang melakukan ‘Keke Challange’ akan disaman oleh JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan tarian ‘Keke Challange’ di jalan raya.

Kredit: rancah.com

Dalam temu bual dengan The Star Online, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata mereka yang melakukan cabaran itu telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain, di samping menjadi gangguan awam.

Kredit: Ahmad Irham Mohd Noor/New Straits Times

Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan merujuk pada kerangka undang-undang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap orang ramai terutamanya anak muda yang terikut-ikut melakukan tarian tersebut.

“JPJ mempunyai kerangka undang-undang untuk kita tidak ambil tindakan ke atas pesalah jalan raya dan perbuatan sedemikian juga dilihat tidak mengikut kesopanan dan etika masyarakat,” katanya.

‘Keke Challenge’ tercetus apabila seorang pelawak, Shiggy melakukan tarian tersebut dan rakaman video yang dimuat naik meraih kira-kira lima juta tontonan.

Tarian tersebut memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang bergerak perlahan seterusnya menari mengikut alunan lagu, In My Feelings yang dinyanyikan oleh Drake.

Beberapa selebriti ternama turut terjebak dengan aksi tersebut sehingga ia menular ke negara ini.

Kredit: Buletin TV3

Sumber: Utusan, Buletin TV3, Says

Era Baru