KETAM CILI THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ketam | bersihkan dan tos
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 5 helai daun limau purut | hiris halus
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris
  • 10 biji cili padi | hiris
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 1 sudu makan pes cili
  • 2 sudu makan pes cili Thai
  • Garam dan gula secukup rasa
  •  Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ketam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga wangi.
  3. Masukkan hirisan cili padi, pes cili dan pes cili Thai, kacau rata.
  4. Seterusnya masukkan ketam goreng bersama hirisan daun limau purut dan ketumbar.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

sumber : rasa.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*