“Kalau Orang Tanya Aku Siapa Que Haidar? Seburuk Mana Orang Cakap Pasal Dia, Aku Akan Tetap Cakap Dia Mulia Di Mata Aku…” – Program Manhajj Mutawwif Temukan Mereka

Sebak membaca luahan hati seorang peserta program Manhajj Mutawwif iaitu Hazwan di Instagramnya. Hanya bila kita dekat dengan seseorang itu baru kita mengenali sifat-sifat sebenar mereka.

“Aku tak pernah bermimpi dapat berguru dengannya (Cikgu Que Haidar) kerana kami dalam bidang yang berlainan.

Menurut Hazwan, program Manhajj Mutawwif menemukannya dengan seorang insan yang dia anggap mulia yang bernama Que Haidar, walaupun dia tahu artis sering mendapat cemuhan.

“Tapi kalau korang tanya aku, siapa cikgu Que Haidar ni? Seburuk mana orang cakap pasal dia, aku akan tetap cakap dia Mulia di mata aku.

“Sedangkan Saidina Ali r.a pernah berkata “Aku sanggup menjadi hamba kepada seseorang yang mengajar aku sebatang huruf Alif”.

“Ini pula Cikgu Que Haidar yang mengajar aku lebih dari sebatang huruf. Satu benda yang dia ajar aku sampai sekarang aku ingat ialah “Hazwan, awak kena luahkan rasa sedih dan rindu awak kepada Rasulullah dalam keadaan antara senyum dan menangis.

 

View this post on Instagram

 

Cikgu Que Haidar, Aku tak pernah bermimpi dapat berguru dgnnya kerana kami dalam bidang yang berlainan Tetapi Manhajj Mutawwif menemukan aku dengan insan mulia ini. Sebagai artis, beliau juga tidak terkecuali dari cemuhan netizen. Tapi kalau korang tanya aku, siapa cikgu Que Haidar ni? Seburuk mana orang cakap pasal dia, aku akan tetap cakap dia Mulia di mata aku. Sedangkan Saidina Ali r.a pernah berkata “Aku sanggup menjadi hamba kepada seseorang yang mengajar aku sebatang huruf Alif” Ini pula Cikgu Que Haidar yang mengajar aku lebih dr sebatang huruf. Satu benda yang dia ajar aku sampai sekarang aku ingat ialah “Hazwan, awak kena luahkan rasa sedih dan rindu awak kepada Rasulullah dalam keadaan antara senyum dan menangis Ingat, orang yang menangis dalam keadaan tersenyum kita yang melihat dapat rasa betapa beratnya rasa yang dia sedang tanggung. Saya cabar awak wan, munculkan rindu awak pada Rasulullah depan saya. Saya hina wan, saya kurang ilmu agama, saya tak pernah pergi Tanah Suci. Tapi kalau awak berjaya munculkan rasa tu depan saya. Saya juga akan dapat rasa rindu dan beratnya rasa tu. Begitulah awak juga kena buat depan penonton nanti.” Semoga Allah merahmati Cikgu sekeluarga dunia akhirat. Terima Kaseh cikgu (Tanpaku sedar air mataku mengalir semasa tulis kerinduanku kepada cikgu ini) #mutawwifhazwan #manhajjmutawwif2019 #mutawwif #musafircinta #rindu #guru #cikgu #manhajjcommunity

A post shared by Muscle Chef l Fitness Trainer (@manhajjmutawwifhazwan) on


“Ingat, orang yang menangis dalam keadaan tersenyum kita yang melihat dapat rasa betapa beratnya rasa yang dia sedang tanggung,” tulis Hazwan tentang apa yang diajar oleh Que Haidar.

Menurut Hazwan lagi, Que turut mencabar dirinya untuk mengeluarkan rasa dalam diri.

“Saya cabar awak wan, munculkan rindu awak pada Rasulullah depan saya. Saya hina wan, saya kurang ilmu agama, saya tak pernah pergi Tanah Suci.“Tapi kalau awak berjaya munculkan rasa tu depan saya. Saya juga akan dapat rasa rindu dan beratnya rasa tu.

Begitulah awak juga kena buat depan penonton nanti,” tulis Hazwan lagi tentang didikan Que kepadanya.“Semoga Allah merahmati Cikgu sekeluarga dunia akhirat.

Terima Kaseh cikgu. Tanpaku sedar air mataku mengalir semasa tulis kerinduanku kepada cikgu ini,” catat Hazwan pada entri dengan gambar Que Haidar.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

SUMBER: IG Que Haidar Via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*