Kak Boleh Tak Saya Beli Roti Dengan Duit Syiling 5 Sen, Ini Last Duit Tabung Saya Lepas Suami Tak Kerja…

Tercatat di paparan media, ekonomi Malaysia kukuh, berkembang dengan baik. Realitinya ada rakyat terpaksa hadapi situasi sukar akibat kehilangan pekerjaan. Sektor perkilangan antara yang terbabit.

Ini realiti kehidupan yang benar-benar terjadi. Cerita ini bukan rekaan, tetapi berdasarkan kisah benar dari sebuah status facebook seorang pengusaha mini market yang enggan namanya disiarkan.

Bagi menghormati pendiriannya, MW sekadar berkongsi kisah. Kerana ia amat menyedihkan dan menyentak pintu hati kita yang ketika ini masih punya pekerjaan.

Ibu Gendong Bayi Datang Mini Market Bawa Syiling 5 Sen

Sedih plak saya… Seorang ibu sambil menggendong bayi datang mini market. Dia mahu membeli roti dengan duit 5 sen dalam paket.

Katanya ni last duit tabung dia. Suami tak ada kerja sebab kilang dah tutup. Duit makan dah habis untuk 3 beranak. Semalam pun tak makan. Dia segan nak beli roti dengan duit syiling 5 sen.

Saya okay je.”

Betapa susah kehidupan sekarang.

Tetiba saya teringat borak-borak dengan supplier Yakult semalam dan terus hubungi dia dan tanya ada kerja kosong tak.”

Dia kata ada. Terus saya rekemen suami akak tu. Dia suruh datang interview.

Alhamdulilah.

Akak tu hepi dan saya sedekahkan sikit-sikit barang untuk makan mereka. Tu je mampu saya bantu. Semoga Allah luaskan rezeki mereka.

Aamin.

Rupa-rupanya kakak yang mahu membeli dengan duit syiling 5 sen itu dan pernah datang ke mini marketnya. Cuma dia tak berani nak masuk.

Sampailah pagi itu barulah dia beranikan diri dan tanya pada pengusaha mini market tu tentang hasrat dia nak bayar guna duit syiling 5 sen.

Waktu pengusaha tu packkan barang makanan nak beri pada kakak yang gendong bayi tu, air matanya tak berhenti menangis.

Sedih sangat.

Sebab saya tahu macam mana rasa susah. Saya pun susah juga jadi faham bila hidup susah ni macam mana

Dikhabarkan, ketika ini pun kakak itu sudah dapat notis keluar rumah. Allahu.. manalah agaknya nanti mereka nak duduk. Semoga usaha murni pengusaha mini market ini mendapat ganjaran yang sebaiknya daripadaNya.

Dalam keadaan ekonomi makin merudum, sememangnya rakyat turut menjadi mangsa kehilangan pekerjaan.

Allah hadirkan insan-insan baik seperti pengusaha ini untuk membantu. Sesungguhnya ketika diuji dihimpit kesempitan hidup, janganlah pernah lupa untuk mengangkat tangan kita berdoa dan memohon petunjuk, rahmat dan limpahan kasih sayangNya.

Amin.

Mingguan Wanita

The post Kak Boleh Tak Saya Beli Roti Dengan Duit Syiling 5 Sen, Ini Last Duit Tabung Saya Lepas Suami Tak Kerja… appeared first on Mingguan Wanita.

Sumber: Mingguan Wanita