Kahwin? Kalau Semua Dah Confirm, Baru Tasha Shilla Beritahu….

Pelakon cantik, Tasha Shilla lebih berhati-hati untuk berbicara soal jodoh dan teman lelaki.

Mengakui yang hatinya masih belum dimiliki, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Gemilang ini banyak belajar dari kesilapan lalu.

 

View this post on Instagram

 

My Queen❤️ #parisfariesscarfs

A post shared by Tasha Shilla (@tashashilla) on


“Sejujurnya, saya banyak belajar dari kesilapan lalu. Kalau dulu saya terbuka untuk berbincang mengenai soal hati dan perasaan, kini saya mahu menyimpannya sebagai sesuatu yang peribadi.

“Saya banyak mengambil iktibar dari apa yang terjadi dahulu dan tidak mahu tergesa-gesa. Memori lalu mematangkan saya dan saya tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku dahulu,” kata Tasha optimis.

 

View this post on Instagram

 

Saving all my love for you🌹

A post shared by Tasha Shilla (@tashashilla) on

Tambah Tasha, dia akan bercerita kepada umum sekiranya semuanya sudah mencapai kata sepakat.

“Jika saya sudah bertemu dengan lelaki yang bakal bergelar suami kelak, saya akan umumkannya. Kalau semua dah ‘confirm’, barulah saya akan beritahu kepada rakan media dan peminat.

“Insya-Allah, saya mohon peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

HURU-HARA talkshow last night @hyppinspirasi 💗🤓

A post shared by Tasha Shilla (@tashashilla) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

SUMBER: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*