Jijik! Pengasuh Dirakam CCTV Curi Curi..Ini Kisahnya..Korang Tengok La Video Nya..

Menjijikkan! Seorang pengasuh dirakam meminum susu ibu yang sepatutnya diberikan kepada anak majikannya selepas bayi itu tidur.

Memetik Daily Mail, mangsa dikenali sebagai Lin, 27, berasal dari Kaohsiung, Taiwan berkata, dia berasa jijik apabila mendapati pengasuh berusia 58 tahun itu meminum susu berkenaan tanpa izin. Malah, dia sudah melakukannya lebih dari sekali!

Kejadian bermula apabila Lin mengesyaki suspek berbohong kepadanya dan bertindak memeriksa rakaman CCTV di ruang tamu.

Pengasuh terbabit mengaku meminum susu tersebut yang sepatutnya diberikan kepada dua anak majikannya, namun enggan memohon maaf.

Menurut media tempatan, suspek mendakwa dia minum susu berkenaan kerana tidak mahu membazir dan majikannya sebelum ini selalu memberi lebihan susu ibu untuk dia bawa pulang. Malah, dia juga menuduh Lin seorang majikan yang kedekut kerana memarahinya meminum susu tersebut.

Foto: Daily Mail

Sementara itu, Shanghaiist melaporkan agensi yang menggaji pengasuh berkenaan bagaimanapun tidak memecat pengasuh terbabit kerana meminum susu ibu tidak dianggap sebagai satu jenayah. – CARI

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*