Instafamous ‘Beby Toratora’ Kongsi Tips Kurus Turun 20kg!

Mungkin ramai di antara korang kenal dengan Instafamous yang menggunakan nama ‘Beby Toratora’ pada akaun Instagramnya.

Bagi yang tidak mengenali Beby Toratora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie, dia mempunyai seramai 338 ribu pengikut di Instagram dan sering membuat review makanan.

Kalau korang merupakan pengikut setianya pasti akan perasan dengan penampilan Athierah yang kini semakin kurus. 

Baru-baru ini, Athierah ada berkongsi di Instagramnya bahawa dia telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dan dia juga turut berkongsi tips kurus kepada semua.

yap kena reject,kena hina,kena mngata adalah satu prasaan yg tak bole diluah dngn kata2 🤣kdang2 bole nangis sndiri beb 😅and kita sndiri tak prcaya diri kita dan tak yakin dngn diri sndiri ..orng skrang ckap mana pkiq hati dan prasaan orng lain 🌸mereka dilahirkan untuk mengkritik manusia lain !jadi kita la yg kena jadi kuat ..jangn ubah diri kita untuk orng lain tapi ubah untuk diri sndiri guys 🤗yg dok mngata kita masih di tempat yg sama tapi kita yg kena kritik ni dh makin lompat ke tahap yg lebih tinggi 😘siapa sangka kita dh brapa di tahap ni?siapa sangka tirah dh turun 20kg 🤧yap alhamdulillah tira dh brubah bnyak dari dlu 🤤eh biaq la apa oqng nak kata!depa bagi kita duit ka?dak kan?so knapa perlu kisah dngn mulut orng.cantikkan diri,kejaq masa depan ,sbb apa tau?kejayaan sdang menanti kita di hadapan..yaa impian tira nak kurus tahun 2019 pasti trlaksana ❤️eh orng lain boleh,awat kita takboleh kan??prcaya diri sndiri tu penting guys!! 😘Alhamdulillah ..🌸🌸nak tips boleh tngok highlight story tira yaa ❤️❤️

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on

Menerusi tips yang dikongsi oleh Atierah di Insta Stories pula, dia telah mengurangkan pengambilan makanan dan mengelak daripada minum minuman manis dan berais.

MH harap dengan tips kurus yang dikongsi oleh Atierah ini dapat diambil sebagai inspirasi buat mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.

Sumber: Instagram Atierah Zulfatie 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*