Hishammuddin setuju tukar!

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersetuju dengan pendapat ahli parti untuk mengembalikan maruah parti keramat itu melalui kepimpinan baharu.

“Saya bersetuju dengan pendapat ahli dan rakyat bahawa Umno memerlukan kepimpinan baharu.

“Ia harus dilakukan dengan tertib supaya parti boleh dikembalikan dengan maruah dan prinsip yang dijunjung,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Twitter, Sabtu.

Namun, beliau berpesan agar ahli Umno agar tidak bertindak mengikut emosi dan melakukannya demi masa hadapan dan kesatuan parti itu.


Jelas beliau, perkara itu telah disampaikan kepada setiap pucuk pimpinan termasuk sayap-sayap dalam parti.

“Saya menyeru dan merayu kepada semua pihak untuk bersabar dan memberikan ruang supaya perkara ini dapat mengizinkan kita melaksanakannya dengan segera.

“Percayalah, saya akan lakukan yang terbaik demi parti dan negara yang tercinta. Semoga Allah SWT memelihara Umno,” ujarnya.

 

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*