“Gara-Gara Makanan Kegemaran”- Eina Azman Terima Kek Berbentuk Durian Dan Petai Sempena Hari Jadi!

Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran buat pelakon Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenar Ainur Syakina Azman yang ke 24 tahun. Eina telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Menariknya, Eina telah berkongsi bersama peminatnya ketika dia telah menerima sebuah kek yang berbentuk durian dan petai sebagai hadiah daripada suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmett.

“Assalamualaikum guys. Alhamdulillah my 24th birthday ni my husband and sister ordered cake from @sweettoothville, cake durian and petai (two of my favorite food!).”

“Thank you so much @sweettoothville team for the creative, delicious and beautiful cake! Yg penting durian kat atas tu durian betul tau! Musang king lagi!”

“If you guys nak order cake, do hit them up ok. Whatever design/character you like on your cake, they can make it happen” tulisnya.

Oleh itu, perkongsian Eina ini telah menjadi perhatian netizen selepas melihat keunikan kek hari jadi Eina.

Min mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 24 tahun buat Eina. Semoga Eina dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin

Untuk rekod, Eina Azman telah dilahirkan pada tanggal 15 Mac 1995 di Temerloh, Pahang. Eina atau nama sebenar Ainur Syakina Azman telah mendirikan rumahtangga bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Hurden pada tahun 2014. Pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef , 3 tahun.

(Teks By Staff VK)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

SUMBER: Instagram @einaazman Via VK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*