Gambar atas kat1l… “Gig!hkan korang ed!t!” – Emma Maembong

BELUM pun reda kontrov3rsi melibatkan Emma Maembong yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab baru-baru ini ters3bar pula gambarnya di laman sos1al memperlihatkan aktres itu terbaring di atas kat1l dengan pakaian s3ksi.

Enggan terus membiarkan orang ramai tersalah sangka dengan gambar tersebut, Emma berkata, foto itu jelas kerja suntingan pihak tidak bertanggungjawab dan hasilnya cukup ketara.

Kata Emma sekiranya benar itu adalah dirinya, dia akan mengakuinya namun gambar yang ters3bar itu jelas menggunakan wajahnya yang dicantum dengan badan orang lain.

Imej terbaharu Emma.

“Tiba-tiba ada pulak viral korang edit gambar saya… Benda senang sahaja, kalau salah saya, memang gambar saya, saya akan mengaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong minta maaf, ampun dan mengaku lalai… “Allahkan ada” komen Kamal Adli 

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak post gambar tengah menangis” – Emma Maembong ditegur muat naik gambar tak bertudung

“Tapi kalau dah bukan, nampak ketara orang edit sampai tengkuk saya nampak ‘krem’, gigihkan korang edit gambar saya?,” katanya di Instastory.

Sebelum ini, Emma menjelaskan bukan mudah untuk istiqamah dan kekal imej bertudung yang dipakainya sejak lima tahun lalu.

Peminat mendoakan agar Emma kembali berhijab.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, ini turut mengakui keputusan itu bukan sesuatu yang patut dijadikan contoh selain bersedia menerima sebarang kecaman.

Beberapa hari sebelum mengumumkan keputusan itu, foto Emma bersama seorang lelaki, Syed Abdullah tersebar di laman sosial memperlihatkan dia tidak bertudung.

Bagaimanapun kata Emma, dia tidak mengambil pusing dengan perkara tersebut dan secara sinikal meminta pihak yang berniat jahat itu meneruskan perbuatannya.

“Tak kisahlah pahala itu dapat dekat saya. Teruskanlah edit benda bukan-bukan,” ujarnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

SUMBER: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*