Cucur Sosej Bersama Sayuran. Sarapan Ringkas Untuk Hari Yang Penuh Bertenaga.

Buntu fikirkan sarapan apa nak dibuat setiap pagi? Usah risau…Ada macam-macam resipi boleh cuba. Salah satu yang mudah dan pantas adalah cucur. Ha..Terlajak mudah! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji ubi kentang | dihiris kecil
  • 1 biji bawang besar | dimayang
  • 1 biji telur
  • 2 batang sosej | dihiris nipis
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 batang lobak merah | dihiris halus
  • Sedikit daun kucai | dihiris
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1.  Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang,  lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke  dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
  2.  Gaul adunan supaya sebati dan masukkan  garam mengikut cita rasa.
  3.  Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
  4.  Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

 

sumber: rasa 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*