Brad Pitt – Ludah Jilat Balik Jennifer Aniston? Kesian Angelina Jolie!

Jennifer Aniston telah mengumumkan penceraian beliau bersama suami, Justin Theroux. Sementara Brad Pitt juga memutuskan berpisah dengan Angelina Jolie setelah 10 tahun bersama.

Image result for brad pitt and angelina jolie BROKE UP

Netizen tak akan melupakan kisah cinta tiga segi yang sehingga kini masih diperkatakan. Angelina Jolie mula mengenali dan rapat dengan Brad Pitt semenjak disatukan di dalam filem Mr & Mrs Smith (2004). Filem itu menjadi permulaan bibit-bibit cinta Angelina Jolie dan Brad Pitt bercinta di lokasi pengambaran.

Pada masa itu, Brad Pitt masih menjadi suami kepada Jennifer Aniston yang sah. Ada khabar angin mengatakan bahawa Jennifer Aniston memfailkan penceraian setelah mengetahui skandal seks suaminya itu bersama Angelina Jolie.

Ingin Hubungan Yang Lebih Serius?

Jennifer Aniston dikhabarkan telah memaafkan Brad Pitt. Hal itu membuat Brad Pitt berniat untuk kembali ke pangkuan Jennifer Aniston. Jennifer Aniston juga memberi peluang kedua untuk Brad Pitt. Bahkan, bintang Friends itu dilaporkan telah mempunyai anak bersama Brad Pitt.

Hubungan Lebih Mantap?

Ada sumber mengatakan bahawa Jennifer Aniston dan Brad Pitt sedang ingin mencuba memperbaiki perhubungan mereka dan mereka berdua telah bersetuju untuk berdamai kembali.

[Bintang] Brad Pitt dan Jennifer Aniston

Menyesal Tinggalkan Jennifer Aniston?

Brad Pitt dimaklumkan bahawa beliau sangat menyesal kerana mengkhianati Jennifer Aniston sebelum ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Brad Pitt ada membuat pengakuan dan memohon maaf kepada Jennifer Aniston atas apa yang terjadi.

[Bintang] Jennifer Aniston-Brad Pitt

Hasrat Ingin Kembali

Setelah berpisah dengan Angelina Jolie, Brad Pitt memendam hasrat untuk segera kembali bersama Jennifer Aniston dan Brad Pitt memohon peluang kedua dari Jennifer Aniston.

[Bintang] Jennifer Aniston-Brad Pitt

Sumber: