Berlatarbelakangkan ‘sunset’, video Mira Filzah nyanyi lagu Bollywood dapat pujian peminat

Pelakon kecil molek, Mira Filzah sering mendapat perhatian ramai dek kerana bakat lakonannya dan memiliki rupa paras yang manis. Terkenal dengan sikapnya yang suka menyanyi lagu Hindustan, ramai peminat telah memuji kebolehan Mira pandai membuat mimik muka yang comel betemakan lagu Hindustan.

Terbaru, beliau telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya yang menyayikan lagu Mujhse Dosti Karoge. Video tersebut telah dirakam di Perth, Australia berlatarbelakangkan sunset yang sangat indah dan cantik.

Video yang telah dimuat naik oleh Mira itu telah mendapat ribuan likes. Lagu tersebut merupakan gandingan pelakon Hirtik Roshan, Kareena Kapoor dan Rani Mukerji. Rata-rata peminat telah memberi respon yang positif terhadap video yang dihasilkan itu dek kerana wajahnya yang manis itu.

Respon peminat.

Tidak ketinggalan, kekasihnya juga iaitu Zizan Razak turut memberikan komen terhadap video Mira.

Sumber : Mira Filzah

Kredit; Ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*