“Abah Ada Di Rumah Masa Ini…”- Jelas Elly Mazlein Bila ‘Cinta Hati’ Masuk Dalam Rumah

Sejak beberapa bulan lalu, pelakon Elly Mazlein sudah mula memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki apabila memuat naik foto bersama seorang lelaki.

Namun sehingga kini, Elly tidak mendedahkan wajah sebenar lelaki tersebut dan kebanyakan gambar yang diambil adalah dari belakang.

Terbaharu, Elly atau turut dikenali sebagai Lina Pom Pom itu memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) yang menunjukkan kekasihnya itu berada di kediamannya.

Demi untuk tidak mendatangkan ftnah, Elly terlebih dahulu menjelaskan bapanya turut berada di rumah ketika kekasihnya datang.

“Bahagiaku…Kalau ada yg bertanya la ye .. Ya ,Abah ade d rumah masa ni .. abis je keja td, kak pommm trus memasak ,bertukang d Dapo utk jamu 2 hero kakak lina ni mamam,” tulisnya.

Menerusi foto tersebut kelihatan lelaki tersebut sedang bersembahyang ditemani anaknya Sephia disisinya. Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Elly dan pasangan segera mendirikan rumah tangga.

Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

Klu ada yg bertanya la ye .. Ya ,Abah ade d rumah masa ni .. abis je keja td, kak pommm trus memasak ,bertukang d Dapo utk jamu 2 hero kakak lina ni mamam 🤗

Komen Netizen:

Semoga bahagia kak ponpon..kali ni mesti jadi

smoga berbahagiaaaa..i am happy for you

semoga bahagia selalu kak lina pompom

Rata-rata netizen mendoakan kebahgiaan elly atau dikenali kak lina pom pom.

Artikel Berkaitan”Ketawa Dari Mula Sampai Habis!” – Netizen Terhibur Elly Mazlein Hoskan Meletop

Selebriti popular Elly Mazlein telah menghoskan program MeleTOP menggantikan Neelofa untuk siaran malam tadi.

Elly berkongsi sekeping foto yang diambil ketika mengacarakan program itu di akaun Instagramnya dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

“Alhamdulillah, selesai sudah, terima kasih semua,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebolehan Elly mengacarakan program itu dan berjaya membuatkan penonton setiasa tertawa.

“Tengok MeleTOP dengan mak saya tadi, thank you buat kami gelak anak-beranak.

“Ketawa dari mula sampai habis, memang meletop!

“Moga dapat rezeki hoskan MeleTOP lagi,” tulis netizen.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Viral Kami

Sumber: Gempak via LimauMadu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*