5 Reka Bentuk Rumah Mengagumkan Di Dunia, No. 5 Paling Gila!

Jika sebut rumah paling pelik atau unik dalam dunia, rumah bagaimana yang anda bayangkan?

Kebanyakan dari kita hidup dalam rumah dan ruang yang serba normal, bagaimanapun terdapat beberapa buah rumah dalam dunia ini yang benar-benar mengagumkan dari segi sentuhan seni reka bentuk serta struktur binaannya.

1. Rumah Cangkerang


Foto: Bright Side/imgur

Rumah yang dibina di Mexico ini sangat menarik kerana bahagian dalamnya disimbahi cahaya pelangi yang datang dari dinding mozeknya.

2. Rumah Papan Selaju


Foto: Bright Side/freshome

Dimiliki bekas juara dunia sukan berkenaan, tidak hairanlah jika bahagian dalam dan luar rumah itu boleh dijadikan medan meluncur!

3. Rumah Batu Flinstone


Foto: Bright Side/curbed

Reka bentuk rumah ini dibina persis rumah ‘The Flinstones’! Rumah ini memiliki satu bilik tidur dan dua bilik mandi. Semuanya kelihatan seperti diperbuat daripada batu!

4. Rumah Kaca

Foto: Bright Side/architizer

Dari dinding bahagian dalam sehinggalah bahagian luar, rumah di Jepun ini dibina hampir sepenuhnya menggunakan kaca. Hanya bilik mandi tidak dibina dengan dinding yang telus penglihatan.

Memang nampak hebat dan unik tetapi tiada privasi langsung! Hanya orang yang sukakan perhatian mahukan rumah sebegini.

5. Rumah ‘Di Hujung Tanduk’

Foto: Bright Side/remolacha


Foto: Bright Side/modscape

Gila! Walaupun masih dalam perancangan dan belum dibina, konsep rekaan rumah ini memberi gambaran rumah yang tergantung di sisi tebing laut dengan dinding kaca untuk memberi pemandangan laut.

Antara lima rumah unik ini, rumah mana mahu anda miliki? Jangan kata yang nombor 5! – CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*