Pelajar Pelajar Sekolah Ini Buat Kejutan Bila Buat Tarian Kpop Sehingga Menjadi Tular

DEMAM BTS semakin menjadi-jadi selepas mereka melancarkan single terbaharu berjudul Boy in Love baru-baru ini.

Di Malaysia lambakan video tarian lagu itu dapat kita lihat di pelbagai platform media sosial terutama Twitter dan Instagram.

Namun dalam banyak-banyak video, aksi tarian sekumpulan tujuh pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban (Saser) tiba-tiba menjadi tumpuan gara-gara ‘si kasut merah’.

Ramai memuji kelincahan gerak tari pelajar tersebut atau nama sebenarnya Mohamad Afiq Iqram Mohd Nazar yang dilihat tidak kekok menari mengikut rentak lagu K-pop itu.

Pelajar tingkatan 5 itu ketika dihubungi mStar mendedahkan dia memang gemar menari dan pernah bercita-cita mahu menjadi seorang penari.

“Saya memang minat menari masa sekolah rendah sehinggakan pernah bercita-cita nak jadi penari masa tu. Saya minat menari sebab saya boleh tahan minat K-pop. Saya kagum dengan stail tarian mereka.

“Kali terakhir saya buat persembahan ketika majlis Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) waktu tu darjah 6. Sepatutnya saya buat persembahan zapin semasa tingkatan 2 tapi terpaksa tarik diri sebab saya ada perlawanan bola sepak.

“Sewaktu tingkatan 3 dan 4 pula saya selalu strim lagu yang boleh menari, jadi saya ikut sekali sebab saya memang suka menari. Tapi sekarang ia hanya sebagai hobi dan saya kembali menari semasa Hari Terbuka sekolah 23 Jun lalu,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan bagi persembahan itu, Mohamad Afiq atau lebih mesra disapa Afiq berkata, mereka berlatih selama tiga hari berturut-turut untuk menguasai tarian tersebut.

“Yang menari tarian BTS ada tujuh orang. Jadi tak ada masalah nak hafal step yang disusun ketua koreografer kami sebab masing-masing minat K-pop. Semua boleh pick up cepat.

“Kami mula berlatih malam Khamis selepas Maghrib sampai pukul 2 pagi selama tiga hari berturut-turut. Sebenarnya kami terlibat menari empat lagu. Tiga lagu menari bersama satu batch tingkatan 5 dan satu lagi lagu BTS.

“Penat tu penatlah juga tapi berbaloilah dengan usaha keras kami. Alhamdulillah ramai komen positif dengan tarian kami. Saya sendiri tak sangka video ni akan viral sebab saya post untuk suka-suka. Saya juga nak tunjuk bonding batch ini sama-sama unite,” katanya.

Selain Afiq tarian lagu tersebut turut disertai Muhammad Harith Danish Azlan, Aiman Farhan Norrashid, Zamir Farhan, Najmi Zulkifilee, Muhammad Haziq Noreffendi dan Nabil Fahmy Jasman.

Afiq bersama satu batch tingkatan 5 semasa tarian flashmob

Pada masa sama, Afiq yang berasal dari Johor Bahru itu turut tidak bersetuju dengan stigma masyarakat bahawa pelajar pandai sering dikaitkan sebagai ulat buku.

“Kami tak fokus study semata-mata, ada juga di antara kami yang masuk pertandingan chess. Kami juga aktif dalam ko-kurikulum.

“Setiap petang semua pelajar tingkatan 5 akan turun court main futsal. Kiranya tu bonding time kami. Ada aktiviti riadah sikit jadi tak adalah kami asyik baca buku… kena balance juga,” katanya.

Dalam pada itu, anak kedua daripada tiga beradik ini turut mensasarkan untuk memperoleh keputusan straight A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Alhamdulillah saya baru lepas peperiksaan pertengahan tahun. Banyak perlu diperbaiki tapi saya target straight A untuk SPM. Saya nak jadi engineer.

“Saya juga rancang nak sambung belajar di luar negara tapi kalau dapat biasiswa barulah saya akan pergi. Kalau tak saya nak ikut jejak langkah kakak saya sambung belajar di UIA,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber:MSTAR ONLINE /  Nalurikini.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*