“Ada Hamba Allah Nak Hadiahkan Awak Telekung Yang Hilang Tu”

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Dayang telah memuat naik status menceritakan kisah mereka sekeluarga yang telah berangkat menunaikan umrah, sama tarikh dengan pelakon Lisa Surihani.

Namun ketika pulang ke Malaysia, bagasi yang berisi telekung semasa menunaikan umrah telah hilang semasa di Lapangan Terbang Jeddah.

Kakak kepada Dayang, hanya meninggalkan mesej di Instagram Lisa Surihani, sekadar menceritakan kisahnya telah telah kehilangan telekung tersebut.

Namun tanpa diduga, dia telah menerima mesej daripada pihak jenama telekung tersebut memaklumkan ada seorang hamba Allah ingin memberinya sepasang telekung.

Ada hamba Allah nak hadiahkan cik telekung!

Menurut Dayang, mereka seakan dapat mengetahui ‘hamba Allah’ yang dimaksudkan, memandangkan kakaknya pernah menceritakan kehilangan telekung itu kepada Lisa Surihani menerusi DM.

Baiknya, Lisa!

Perkongsian daripada Dayang telah menerima 14 ribu ulang kicau(ReTweet) di Twitter. Mereka telah memuji kebaikan dalam diam yang dilakukan oleh isteri Yusry Ab. Halim itu.

Jangan ada yang tiba2 DM lisa!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Dayang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*