10 Perkara Yang Anda Mungkin Tak Tahu Pasal Bubble Tea

Bubble Tea lagi, Bubble Tea lagi, dimana-mana pon orang masih lagi bercakap pasal minuman viral kegemaran ramai ni. Kedai-kedai minuman ini dari pelbagai jenama tumbuh bak cendawan selepas hujan. Hebat betul fenomena minuman ini.

Tapi ramai sebenarnya yang tidak tahu banyak benda mengenai minuman ini, asal-usulnya, serta variasi minuman tersebut. Adakah boba dan bubble tea satu benda yang sama? Dan adakah bubble merujuk kepada minuman tersebut atau pearl yang terdapat dalam minuman tersebut?

Kepelbagaian nama bagi Bubble Tea

  • Bubble tea kebiasaannya digelar bubble tea, pearl milk tea, tapioca tea, Taiwanese tea, atau boba.
  • Walau apa pun nama digelar, ianya merujuk kepada satu minuman yang berasaskan teh dan juga susu, sirap berperisa, tapioca pearls, atau buah-buahan

Dari mana ia bermula

  • Pada awal tahun 1980, populariti minuman teh mula meningkat naik sebagai minuman yang paling digemari selepas habis bekerja.
  • Untuk menarik lebih ramai pelanggan datang, pemilik kedai teh Chun Shui Tang di Taichung telah memperkenalkan teh Cina sejuk dalam menu kedainya selepas mendapat inspirasi daripada teh ais Jepun.
  • Beberapa tahun kemudian, pengurus pembangunan kedai telah memutuskan untuk meletakkan puding manis tapioca ke dalam teh ais tersebut, dan akhinya gabungan tersebut menjadi dengan sangat baik
  • Kejayaan gabungan itu menjadi pelopor kepada kejayaan teh ais lain di Taiwan.

Bagaimana boleh sampai ke Malaysia?

  • Oleh sebab fenomena bubble tea ini dah melanda di beberapa negara besar seperti Korea dan juga Amerika, tidak dapat dipastikan bila sebenarnya bubble tea yang datang menapak di Malaysia.
  • Tapi dengan adanya penubuhan franchais Chatime yang popular di Taiwan serta Gong Cha pada tahun 2010 telah menjadi pemula bagi gelombang bubble tea di Malaysia ini.

Perkataan boba adalah bukan seperti yang difikirkan

  • Perkataan ‘boba’ sebenarnya membawa maksud ‘big breast’ bagi slang orang Cina.
  • Perkataan ini datang apabila sebuah kedai menggunakan bebola tapioca yang lebih besar daripada saiz biasa.
  • Pemilik kedai kemudiannya telah menukar dan memberi nama yang tela diubah suai sebagai nama yang provokatif untuk menandakan perbezaannya.
  • Kini, pekedai telah membezakan minuman teh ini dengan menjadikan pearl milk tea bagi saiz normal pearl dan bubble milk tea atau boba bagi saiz pearl yang lebih besar.

Dan ‘bubble’ tidak merujuk kepada pearl

  • Minuman ‘bubble tea’ yang asli tidak mengandungi pearl, ‘bubble’ sebenarnya merujuk kepada buih-buih yang terdapat pada permukaan minuman teh tersebut.
  • Buih yang terhasil adalah dengan mengoncang ramuan minuman tersebut dalam satu bekas khas.

Tapioca Pearls boleh bersifat toksik jika dimakan secara mentah

  • Pearls yang dibuat dari kanji yang diekstrak daripada akar ubi kayu dimana dalam bentuk mentahnya mengandungi cyanide, sebatian toksik yang boleh menyebabkan sakit kepala, loya, lumpuh apabila ditelan.
  • Pearls ini perlu dimasak untuk menghilangkan toksin sebelum digunakan.

Tapioca pearls terdapat dalam warna hitam atau putih

  • Walaupun kebanyakan kedai menggunakan pearl yang berwarna hitam namun ada juga yang menggunakan pearl berwarna putih.
  • Pearls yang berwarna putih diperbuat dari akar ubi kayu semata-mata manakala pearls berwarna hitam dibuat dari akar ubi kayu dan dicampur dengan gula perang atau ada juga yang menggunakan pewarna makanan.

Ada cara yang betul untuk minum bubble tea

  • Bubble tea biasanya dihidangkan dalam bekas plastik yang ditutup rapat dengan plastik bagi memudahkan pembeli mengoncang minuman tersebut agar ramuannya sebati disamping memberi kelonggaran untuk dibawa kemana-mana sahaja dan tidak mudah tumpah.

Kepelbagaian variasi Bubble Tea

  • Pilihan bubble tea kini semakin pelbagai dan semakin tidak berkesudahan
  • Setiap kedai ingin menampilkan kelainan bagi bubble tea masing-masing
  • Antara contoh variasi bubble tea yang terdapat di Malaysia adalah Green Tea Bubble Tea, Bang-Bang Milk Tea, Creme Brulee Milk Tea dan sebagainya.

Bubble Tea juga terdapat variasi yang menyihatkan

  • Minuman bubble tea mengandungi banyak kalori yang datang dari susu dan juga pearl itu sendiri.
  • Walaubagaimanapun, terdapat langkah dalam mengurangkan risiko tersebut iaitu dengan memesan minuman tersebut dengan permintaan kurang manis dan juga kurang gula.
  • Ataupun gantikan susu tersebut dengan susu segar, ianya lebih berkhasiat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: First Classe

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*