“Terima Kasih Atas Didikannya Untuk Pelajar Istimewa” Netizen Sebak Tont0n Video Majlis Perpisahan Guru

Guru merupakan individu perlu dianggap sebagai ibu bapa jika pelajar-pelajar berada di dalam sekolah. Tugas seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada anak murid malahan membantu ibu bapa mendidik peribadi mereka.

Peluk ciium penuh kasih sayang

Sejak pagi tadi, satu video yang memperlihatkan seorang guru memeluk dan mencium para pelajarnya telah tular di media sosial. Tindakan tersebut telah membuatkan warganet kagum kerana guru tersebut langsung tidak membezakan siapa pun muridnya.

Posting yang dibuat di Facebook Rhye Zhue Photovideo itu telah tular dan mengundang rasa sebak dalam diri netizen.

10 tahun berkhidmat di Pahang

Guru yang tular itu dikenali sebagai Cikgu Mohd Khairul Che Hassan yang juga mengajar dalam bidang Pendidikan Khas di Smk. Tengku Kudin, Raub, Pahang. Situasi yang sempat dirakam adalah momen terakhir Cikgu Khairul di sekolah itu sebelum berpindah mengajar ke Kelantan.

Sedihnyaaaa…

Tindakan Cikgu Khairul itu benar-benar mengundang sebak kerana terlihat sangat menyayangi anak muridnya. Walaupun mereka dikategorikan sebagai golongan istimewa, rasa sedih yang ditunjukkan semasa majlis perpisahan cikgu Khairul telah menyentuh hati warganet.

Oleh sebab itu, rata-rata netizen telah meninggalkan komen di ruangan Facebook Rhye Zhue dengan menzahirkan rasa hiba melihat situasi tersebut.

Nampak keikhlasan cikgu

Terima kasih atas didikannya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Rhye Zhue PhotoVideo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*