Tak Nak Pegang Bunga Tangan, Pengantin Pilih Ular Jadi Penyeri Gambar Kahwin

Sejak beberapa hari lepas, telah tular di medai sosial terutamanya di Facebook beberapa keping gambar perkahwinan sepasangan pengantin yang kelihatan agak menarik.

Ular jadi peneman gambar kahwin

Gambar-gambar tersebut telah dimuat naik oleh seorang jurugambar perkahwinan iaitu Azim Syahmi. Apa yang menariknya, gambar pasangan mempelai tersebut turut ‘mengundang’ dua ekor ular sawa sebagai penambah seri di setiap gambar mereka.

Selalu orang pegang bunga

Pasangan yang dikenali sebagai Rohazren Mat Ali Chaen dan Mimi Syamimi di Facebook dilihat berani bergambar bersama haiwan eksotik itu. Gambar-gambar mereka juga turut dipaparkan di laman Instagram rasmi studio jurugambar itu.

Beraninya!

Ular tu muka terpaksa hahaha

Gambar yang dimuat naik tersebut telah mendapat banyak maklum balas daripada warganet kerana tertarik dengan konsep yang ditunjukkan. Rata-rata memuji gambar itu yang dianggap kreatif oleh mereka.Namun begitu, ada juga yang berasa seram melihat haiwan eksotik tersebut melingkar ditangan pengantin.

Kena buat ular tu macam selendang

Aku yang seram sejuk tengok gambar ni

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : TPE.CO

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*