“Mesti Walid Dah Lama Nak Pelvk Ainul Macam Tu.” N3tizen

Kisah perjalanan adik Ainul Mardhiah melawan ketvmbuhan yang dihidapinya benar-benar telah menyentuh hati hampir seleluruh rakyat Malaysia. Dari hari pertama kisahnya vir4l sehingga pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya, ia telah mencvri perhatian warganet semua.

AInul makin sihat

Perkembangan kesihatan adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini dilihat menunjukkan peningkatan positif selepas pembedahan yang dilakukan di London itu berjaya.

Walid dodoi Ainul

Hari ini, bapa kepada bayi kesayangan Malaysia telah memuat naik video terbaru dirinya bersama Ainul yang semakin bertambah sihat. Dia telah mendakap anaknya dan mendodoikan Ainul yang masih celik.

Tanpa sebarang kapsyen, Safiuddin dilihat gembira dan tersenyum mendodoi buah hati sulungnya itu. Namun begitu, dia juga masih berhati-hati supaya tidak mendatangkan sebarang mudarat terhadap Ainul Mardhiah.

 

View this post on Instagram

 

😊

A post shared by Ahmad Safiuddin B Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

Bergenang air mata

Perkongsian ini telah menarik minat warganet untuk meninggalkan k0men di ruangan Facebook Safiuddin. Rata-rata mereka berasa senang hati melihat perkembangan positif Ainul. Mereka juga masih tidak putus berdoa agar kesembuhan berpihak kepada bayi tersebut.

Mesti walid dah lama nak peluk Ainul macam tu

Semoga semakin sihat

Artikel berkaitan ‘Dr Mahathir lawat Ainul Mardhiah’

LONDON: Bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang Tum0r Sel Kuman ka4nser pada mulutnya minggu lalu, menerima kunjungan pelawat istimewa iaitu pemimpin nombor satu negara, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri ketika ditemui media Malaysia selepas melawat bayi itu semalam menyatakan perasaan terharunya terhadap bayi berusia 10 bulan itu serta sikap rakyat Malaysia yang membantu bayi berkenaan.

“Saya terharu dengan bayi ini. Bagaimanapun, saya gembira dengan sikap yang ditunjukkan rakyat Malaysia sehingga membolehkan Ainul Mardhiah mendapatkan rawatan di sini,” katanya.

Lawatan Perdana Menteri ke sebuah hospital di London di mana Ainul Mardhiah dirawat turut dilaporkan dalam Twitter Dr Mahathir @chedetofficial, awal pagi ini.

Mesej itu turut menyertakan video lawatan Dr Mahathir ke hospital berkenaan di mana kelihatan Perdana Menteri disambut oleh pasukan doktor yang merawat bayi berkenaan.

Ibu bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani, kedua-duanya berusia 24 tahun, jelas cukup teruja menerima kunjungan Perdana Menteri di penghujung lawatan kerja tiga hari pemimpin negara itu ke United Kingdom (UK).

Ainul Mardhiah menunjukkan tanda positif selepas menjalani pembedahan di Hospital Kanak-kanak di sini Isnin lalu, dan menurut bapanya, bayi itu kini sudah boleh bernafas dengan sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.

Bayi yang dilahirkan selepas hanya tujuh bulan dalam kandungan, disahkan mengidap ka4nser yang jarang berlaku itu sejurus selepas dilahirkan, dan walaupun pertumbuhan kanser itu pada mulanya sudah dibuang di Hospital Kuala Lumpur, namun tanda-tanda gejalanya tetap muncul kembali, kali ini di bahagian mulutnya.

Ahmad Safiuddin berkata, walaupun dilahirkan dengan penyakit itu, anaknya sama seperti anak-anak lain memiliki semangat kental untuk terus hidup.

Ainul Mardhiah dan ibu bapanya tiba di sini untuk pembedahan di hospital swasta berkenaan pada 24 Mei lalu, yang menyaksikan sekumpulan pakar bedah berjaya membuang tum4or seberat 200 gram yang menutupi seluruh mulutnya, dalam pembedahan yang mengambil masa selama kira-kira lima jam.

Pembedahan yang membabitkan perbelanjaan tinggi dan rumit itu dapat dilaksanakan dengan bantuan orang ramai yang bermurah hati menghulur bantuan, di samping bantuan pelatih pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri yang berusaha mendapatkan bantuan kenalannya dari kalangan pakar perubatan di UK, bagi mencari cara terbaik dalam merawat penyakit bayi itu.

Jumlah kos pembedahan itu dianggar boleh mencecah lebih RM1 juta, dan difahamkan selain orang ramai, kerajaan negeri Melaka, Jabatan Imigresen Malaysia serta Penerbangan Malaysia turut sama menghulurkan bantuan bagi menjayakan pembedahan itu.

Ahmad Safiuddin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap sokongan mantap kepada anaknya, Ainul Mardhiah. Lawatan ke hospital itu adalah acara terakhir dalam lawatan kerja Dr Mahathir ke UK.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

SUMBER: Cokelat Putih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*