“Fikir Lima Tahun Akan Datang” Izzue Islam

Bagaikan tidak pernah kenal erti penat. Pelakon dan penyanyi Izzue Islam terus memanfaatkan peluang yang ada mencari rezeki.

Lupakan seketika soal mahu bercuti atau rehat panjang, bagi Izzue bekerja juga adalah satu cara menikmati hidup.

“Selagi ada rezeki dan masih diperlukan, saya akan terus bekerja. Kesihatan dan kudrat masih mampu untuk melakukan banyak perkara sekarang ini.

“Bekerja dalam bidang seni, saya tidak ada pendapatan tetap setiap bulan. Jika rajin berusaha, maka adalah duit.

“Saya sentiasa menetapkan perancangan untuk lima tahun akan datang. Apa akan jadi jika sudah tiada tawaran berlakon atau menyanyi? Jadi biarlah saya bersusah dahulu buat masa sekarang,” ujar pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan ini.

Lebih mudah bagi Izzue apabila isterinya sendiri iaitu Awin Nurin menguruskan kerjaya seni. Ke mana sahaja mereka akan sentiasa bersama. Tiada istilah sukar untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

“Rasanya saya tidak boleh bekerja tanpa Awin. Dia yang banyak menguruskan kerjaya saya selama ini dan tahu perjalanan seni saya.

“Kami enjoy apa yang sedang dilakukan sekarang ini. Walau sibuk sekali pun, kami akan sentiasa bersama.

“Soal mahu rehat panjang atau pergi bercuti belum dirancang lagi. Mungkin satu hari nanti saya akan ambil masa bawa isteri pergi bercuti,” cerita Izzue yang tampil dengan lagu raya baharu berjudul Pulangku Tak Sama Tanpamu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

SUMBER: MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*