“Baju Raya Tahun Ini Kurang 5 Pasang Dari Tahun Lepas Sebab” Che Ta Terkejut Rupanya Baju Tahun Lepas Ada Lagi Belum Pakai

Aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan persiapan baju raya dia sekeluarga Syawal ini kurang lima pasang berbanding tahun lalu.

Menurut Che Ta, dia hanya menempah 15 pasang baju sahaja kerana bakal memakai lima pasang baju dari tahun terdahulu.

Che Ta berkata lima pasang baju raya tahun lalu tersebut masih elok dan belum dipakai.

“Baju raya kami tahun ini kurang lima pasang dari tahun lepas sebab lima pasang baju dari Syawal sebelum masih elok dan belum sempat dipakai.

“Jadi, buat apa membazir dan kami hanya menempah 15 baju  sahaja tahun ini.

“Itu pun 15 baju tu, ada beberapa warna sama cuma tone yang berbeza,” katanya kepada Gempak.

Isteri kepada pelakon, Zain Saidin sebelum ini, popular dengan kemeriahan persiapan busananya yang tampil 20 pasang baju di hari raya.

Bercakap mengenai sambutan Syawal ini, Che Ta memberitahu dia sekeluarga bakal beraya di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah.

“Raya pertama kami semua akan beraya bersama keluarga Zain di Kuala Lumpur.

“Kemudian kami akan beraya dan bercuti lama di kampung saya di Alor Setar, Kedah,” katanya lagi.

Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana, 5.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Astrogmpak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*