“Aku Nak Lamar Kau,” Ardell Aryana Nak Lamar Nadzmi Adhwa, Siap Ajak Peminat

Dek kerana asyik menyakat Ardell Aryana untuk menjadi suri hatinya, pelakon Nadzmi Adhwa akhirnya menerima jawapan yang mengejutkan daripada pujaan hati.

Memuat naik kata-kata sedih memandangkan tiada calon menantu untuk dibawa berjumpa ibu bapanya tahun ini, pelakon berusia 26 tahun ini memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang tahun hadapan.

Sedih raya tahun ni kita raya single jugak. Baru ingat tahun ni nak bagi menantu kat mak abah. Takpela mana la tau tahun depan raya berdua pulak ke kan @ardellaryana? Lariiiii…”

Ternyata status beliau mendapat perhatian rakan baiknya, Ardell!

Komen berani Ardell nampaknya memberi harapan indah apabila dia mengatakan bakal membawa rombongan untuk meminang si lelaki.

“Ok lah…kalau kau nak sangat, nanti aku masuk meminang kau. Bagitau keluarga kau ready, aku nak LAMAR kau.

“Ok…tenang-tenang semuanya. Saya lamar dia…biar dia sampai terkentut-kentut nanti terkejut. Suka sangat dia gurau2 cmni. Sapa nak ikut saya pergi melamar kerinting ni?”

Kalau sudah suka sama suka, apa nak ditunggu lagi. Semoga apa yang diimpikan berakhir dengan kebahagiaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Instagram Nadzmi Adzwa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*