Tak Sampai Sebulan Kahwin, Si Isteri Senyap Senyap Beli Tiket Flight. Tuhan Nak Tunjukkan Sekali Lagi, Rupanya Si Isteri Ada Lelaki Lain.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Thanks admin kerana approve cerita aku. Maaf jika penceritaanku mungkin agak berserabut kerana aku memang tengah serabut. Apa yang aku nak luahkan ni dah lama terbuku dalam hati. Aku takde tempat untuk share segala masalah. Aku pendam aku simpan selagi mampu.

Aku harap pembaca semua dapat memberi nasihat dan pandangan utk aku kuat teruskan hidup. Hinalah kecamlah kejilah aku jika itu yang selayaknya aku dapat. Aku Daud, 26 tahun, tinggal di kotaraya, kerja di sektor swasta. Aku ditawarkan pekerjaan sejurus selepas menggenggam segulung ijazah. Bagiku segala yang aku rancang alhamdulillah berjalan dgn lancar seperti yang aku plan utk hidup aku.

Aku kenal dia sejak aku mula2 masuk ke kampus di tahun 1. Entah macam mana aku tersangat suka kt dia, hingga timbul keberanian utk bersemuka dgn orang tuanya meminta restu dan menyatakan hasrat utk berkawan dgn anak mereka. Alhamdulillah tindakan aku tepat dan ibu bapanya merestui hajatku.

Bibit percintaan mula berputik hari ke hari. Aku ikhlas cintakan dia. Aku berikan seluruh jiwa raga cinta yang ada pada diriku kepada dia. Aku nyatakan hasratku utk mengahwininya,tapi kena tunggu hingga kehidupanku benar2 stabil barulah aku akan menikahinya. Aku berasa sangat terharu kerana dia faham tujuanaku dan sanggup menungguku hingga masanya tiba. Ini membuatkan aku berazam bersungguh2 bekerja kuat utk halalkan dia bersamaku.

Aku kerja di KL manakala dia dapat posting ke sarawak selang beberapa bulan selepas aku bekerja. Kadangkala aku kasihan melihat dia struggle utk sesuaikan diri ditempat baru nun jauh ke pedalaman sarawak. Ku tiupkan kata2 semangat utk dia terus berjuang disana demi mendidik anak bangsa. Alhamdulillah dia dapat sesuaikan diri setelah hampir 2 bulan di sana.

Kami mengambil keputusan utk mengikat tali pertunangan. Disinilah bermulanya aku di uji dengan ujian yang aku sendiri tak sangka. Selepas bertunang, aku bekerja siang dan malam demi mencari wang yang cukup utk majlis perkahwinan kami. Aku tak rela buat loan semata2 utk kahwin. Aku kerahkan segala kudrat yang ada yang termampu aku buat.

Aku berkerja di pejabat seawal jam 7.30 pagi hingga jam 8.00 malam dan disambung pula dgn part time chef di hotel berdekatan hingga jam 2 pagi.Begitulah rutin harianku, demi mencari sesuap nasi. Penat, exhausted, tak cukup rehat, mengantuk, semua aku dah lali. Aku rahsiakan semua ini daripada dia kerana aku taknak dia risaukan keadaan aku.

Namun, ini telah menyebabkan aku kurang berhubung dgn dia. Beberapa kali kami bergduh disebabkan salah faham dek kerana jarang berhubung.Aku faham perasaan dia yang kesunyian, dan pada masa yang sama aku jgk harap Allah tenangkan hati dia agar faham keadaanku.

Beberapa bulan sebelum hari pernikahan kami aku mula perasan perubahan perangainya. Aku beberapa kali cuba nasihat dan mintak penjelasan tapi akhirnya hanya sakit hati yang aku dapat. Mula2 memang rasa sakit hati dan marah tapi aku rasionalkan diri utk faham keadaan dia dan letak diri aku pada tempatnya.

Namun keadaan tak juga berubah. Mungkin Allah nak tunjuk pd aku, ketika kami berjumpa utk berbincang tentang majlis perkahwinan kami aku ternampak mesej dari sorang lelaki yang tidak aku kenal. Rupanya dia berbalas mesej dengan seorang lelaki tanpa pengetahuan aku. Aku sebagai tunang rasa sgt kcewa.

Aku mintak telefon dia utk baca mesej2 diorang tp reaksi yang aku terima sangat menyedihkan. Aku ditengking, dimarah, dan dituduh cmburu buta. Hati lelaki mana yang tak terluka bila diperlakukan mcm tu. Kami bergaduh agak lama, dan dia langsung tak pujuk malah langsung tak mesej ataupun call aku. Aku kuatkan hati, aku pujuk sendiri hatiku, mungkin ini dugaan bertunang.

Aku bersangka baik dgn tunangku. Aku hormat dia sebagai seorang perempuan. Aku rendahkan ego aku sbg lelaki dan aku pohon maaf kepada dia. Alhamdulillah hubungan kami kembali pulih. Aku ingat dia dah berubah, jangkaan aku meleset sama sekali. Beberapa hari sebelum majlis pernikahan kami sekali lagi Allah tunjukkan kepada aku. Rupa2nya dia masih lagi berhubung dgn lelaki tu, dan kali ni dia mengaku yang dia suka kpd lelaki tu.

Aku terduduk, mulut aku terkunci rapat, hati aku pedih, air mata aku hampir jatuh tp aku tahan sekuat mungkin. Dengan berbaki beberapa hari ja lagi menuju hari bahagia kami, perkara ni sangat2 menghiris hati dan perasaan aku. Fikiran aku buntu, otak aku serabut. Aku sangat sayangkan dia. Tapi tergamak dia buat mcm ni kat aku. Dia meminta maaf kerana mempunyai perasaan cinta kepada lelaki lain selain aku.

Bersungguh sungguh dia mempertahankan lelaki tu sedangkan aku sebagai tunangnya dipinggirkan. Dia cakap perasaannya sekarang berbelah bahagi antara aku dan lelaki itu. Dia minta aku berikan masa untuk dia berfikir, pada masa yang sama meminta aku supaya melakukan yang segala yang terdaya utk tawan kembali hatinya. Aku buntu.

Aku hantar dia balik kampung supaya dia dapat tenangkan fikiran sebelum kami bergelar suami isteri. Selang beberapa hari aku berbincang dgn dia secara hati ke hati tentang majlis perkahwinan kami dan akhirnya dia berjanji akan melupakan lelaki tu dan ingin meneruskan perkahwinan kami.

Alhamdulillah majlis kahwin kami berjalan lancar. Namun entah kenapa hati aku rasa tak pernah tenang. Aku tak tahu kenapa. Aku buang jauh2 perasaan tu. Tapi perasaan tu keep on datang. Aku nekad beli tiket flight pegi ke sarawak tanpa pengetahuan dia. Rupa2nya sekali lagi Allah nak tunjuk dekat aku, betapa kecurangan tu tetap akan berlaku walau sebaik mana pun kau cuba utk elak.

Isteriku sendiri kantoi keluar dan bermesra dengan lelaki tu di depan mata aku. Isteri yang aku nikahi tak sampai sebulan tergamak curang dengan aku. Allah taala saja yang tahu betapa hancurnya hati aku, betapa luluhnya hati aku, betapa pedihnya luka yang aku rasa sebagai seorang suami. Aku menangis terduduk keseorangan. Aku rasa dunia ni sangat kosong sangat gelap. Sangat berat dugaan yang Allah timpakan ke atas aku.

Dia datang melutut meminta maaf kepadaku. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Hati aku hancur. Segala pengorbanan penat lelah aku selama ni sgt sia2. Aku rasa seperti aku seorang saja yang bersungguh2 mempertahankan hubungan ini. Sedang aku bekerja siang malam demi kesenangannya tergamak isteriku sendiri berfoya2 dengan lelaki lain. Lafaz talak berlegar2 dibenak kepalaku. Aku tak tahu nak buat macam mana.

Aku cuba rasionalkan diri. Wajah ibu ayah dan keluarga mertuaku bermain difikiran. Aku fikirkan maruah keluargaku jika kami bercerai dalam usia perkahwinan yang tak sampai sebulan. Aku fikirkan juga maruah keluarga isteriku jika mereka tahu keadaan yang sebenar. Aku tak sanggup nak tengok kesedihan dan kekecewaan pada wajah ibu dan ayahku serta mertuaku. Biarlah aku yang tanggung segalanya. Demi maruah keluarga aku maafkan perbuatan dia tanpa aku redha sedikit pun.

Kini sudah hampir 3 tahun kejadian ni berlalu. Namun, aku tak pernah lupa setiap detik yang berlaku. Dalam tempoh 3 tahun ni tak pernah sehari pun berlalu tanpa aku fikirkan nasib yang menimpa diriku. Kami masih suami isteri. Dia mungkin sudah berubah. Tp aku tak lagi menaruh harapan kepada dia kerana kepercayaan aku terhadapnya telah tiada.

Sejak akhir2 ni aku sering terimbau kembali kejadian 3 tahun lepas, dan setiap kali itulah aku menangis. Perasaan cintaku terhadap dia sudah tiada. Perasaan kasihku terhadap dia sudah tiada. Perasaan sayangku terhadap dia sudah tiada. Tiada apa lagi yang ada pada diri aku utk aku berikan kepada dia kerana segala2nya dah hancur. Dan hubungan yang dibina semata2 atas dasar maruah keluarga, bukan lagi atas dasar cinta.

Kejadian tu telah buat aku berubah. Aku bukan lagi diriku yang dulu. Kami masih lagi pjj. Kini aku lebih suka menyendiri, aku rasa lebih selesa bila sorang2. Aku setia, aku berusaha keras, bertahun2 aku simpan hati aku utk dia, aku buat segala2nya utk dia tapi hanya untuk disia2kan. Aku rasa kosong. Tolong lah apa yang patot aku buat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : kisahjalanan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*