Jangan Marah Bila Isteri Nak Beli Baju Raya, Soping Lama Lama Sebab Dia Buat Itu untuk Suami Dan Anak Anak Kita.

Kebanyakan orang rumah kita akan membuat persiapan terakhir untuk menyediakan kelengkapan baju raya anak dan suami.

Ramai suami yang tumpas dalam ujian ini, ramai pihak suami yang merungut bila si isteri shopping lama2 atau ajak shoping lagi dan lagi. Semua ini kerana inginkan yang terbaik untuk anak2 dan suami.

Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini suami harus baca.

Ambil kira bila isteri kita minta belikan baju raya atau minta keluar untuk shopping lebih lama. Jaga anak sekejap tak salah kan.

Semalam sempat bawa bidadari dan anak-anak berjalan. Nikmat best dan suka menunggu bidadari gi shopping. Wanita sibuk membeli belah pakaian suami, pakaian anak-anak. Mereka membuat hari dalam hidup ini bermakna.

Tanpa mereka semuanya tak sama lagi. I love u bidadariku. Terima kaseh bidadariku sayang.

Jangan marah bila isteri nak beli baju raya.

Sibuk nak itu ini sebelum raya ini. Isteri biasanya sedar dan akan ikut kemampuan diri dan suami mereka. Isteri tanya suami nak baju raya macam mana? Kita jawab lebih kurang dan buat tak tahu jer kadang-kadang. Ikutlah baju mana-mana pun takper. Seorang isteri setiap hari memikir pakaian setiap ahli keluarga. Sanggup berjalan seorang diri demi suami dan anak-anak. Kadang-kadang mereka bawa semua anak kecil seorang diri untuk melengkapkan hari raya suami dan anak-anak.

Suami anak kata. Takperlah sayang. Takperlah mak. Cukuplah. Ala kadar sudahlah. Pakai dulu punya pun boleh lagi. Seorang wanita takde rehat dalam hidupnya. Lama bila beli baju. Mereka cari paling cantik. Paling sesuai dan harga yang bersesuaian.

Saya bila tengok isteri shoping dan saya tolong jaga anak-anak semuanya. Saya gembira kerana teringat ibu saya. Merekalah pelengkap hidup kita orang lelaki. Buat yang masih ada isteri dan ibu hargailah mereka. Kenangan menunggu mereka bersiap itu indah. Saat tunggu mereka shopping itu indah. Saat melayan cerita isteri dan soalan mereka mengenai pakaian, makanan, langsir, dan pelbagai perkara lagi amatlah nikmat.

Ramai orang ini diuji kehilangan orang tersayang dan diuji dengan kesempitan hidup. Ayuh kita bantu sikit-sikit mereka yang susah di Ramadhan. Ya Allah buat saudaraku yang sedih di luar sana bahagiakan hati mereka. Buat mereka yang sedang diuji berilah kelapangan dan ketenteraman dalam hati mereka. Berilah syurga paling tinggi buat keluarga kami semua yang telah sampai sana dulu. Aamiin Allahumma Aamiin..

Semoga Bermanfaat, jangan lupa layan isteri kita seperti bidadari wahai suami diluar sana, jom kongsikan mesej ini kepada saudara-saudara dan sahabt-sahabat kita yang lain…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Ustaz Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*