Tahun pertama Aidilfitri tanpa Adib, ini luahan sayu bapa Adib yang buat ramai sebak.

Alor Setar- Sambutan hari raya tanpa kehadiran anak tercinta pasti sangat dirasai oleh keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim pada tahun ini. Ayahnya, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, persediaan raya pada tahun ini berjalan seperti biasa namun sunyi tanpa kehadiran anak keduanya itu.

”Dulu ramai, sekarang ni dah berkurangan, jadi sunyi la sikit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini hari ini. Menurutnya, Muhammad Adib akan pulang ke kampung setiap kali Aidilfitri untuk menyambutnya bersama keluarga dan sanak saudara.

”Kadang-kadang dia balik sebelum raya, kalau tahun tu dia kena bertugas, dia akan balik selepas hari raya. Kita faham la tugas dia yang perlu berkhidmat untuk negara. Tapi sekarang ni pun kita faham juga, sama ada sebelum raya, atau selepas raya dia (Muhammad Adib) tetap tak balik dah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Kassim enggan mengulas inkues Muhammad Adib dan menyerahkannya kepada peguam mewakili keluarganya serta menganggap keputusan inkues anaknya itu adalah di luar bidang kuasanya. Pada 17 Disember lalu, selepas 20 hari bertarung nyawa, pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang teruk dalam kejadian di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pergi buat selamanya pada jam 9.41 malam.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan. Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, luka teruk dalam kejadian di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya. Berita pemergian Adib turut dirasai beberapa pemimpin tertinggi nergara termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun M berkata, beliau amat sedih atas pemergian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN) di sini malam ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga Adib. “Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*