Hari Ini Hari Terakhir Si Bongsu Susu Badan Sebelum Ibunya Mennggal.

Tidak dapat dibayangkan apakah perasaan anak-anak ini setelah kehilangan ibu mereka tiba-tiba, lebih-lebih lagi menjelang hari lembaran nanti.

Namun, begitulah kenyataan yang harus dilalui oleh empat orang kanak-kanak ini setelah ibu mereka meninggalkan akibat saluran otak membengkak dan pembuluh dara pecah.

25 Mei 2019

Perginya seorang ibu beranak 4 di bulan yang mulia ini disebabkan pembuluh darah pecah di otak. sekejap saja benda kalau nak jadi. Mulanya mengadu sakit kepala, si suami sudah bawak pergi cek hospital bahagian kecemasan. Doktor cakap gangguan kitaran haid dan migrain. Pastu diorang balik rumah macam biasa

2 ke 3 hari lepas, si mak pergi bazar Ramadhan terdekat dengan anak dia beli makanan untuk berbuka puasa.

Otw balik rumah, si mak berhenti motor tepi jalan sebab pandangan asyik gelap, mahu bawak moto tak nampak tapi si mak ni gagahkan jugak diri bawak motor sampai ke rumah.

Bila sudah sampai rumah dekat-dekat pukul 7 malam, masuk dalam rumah si mak rebah, kebetulan si suami ada di rumah masa itu dan sempat disambut oleh suami dia dan terus bawak pergi Hospital Besar Melaka. Si mak waktu ini koma dan kritikal.

Keesokan harinya transfer ke PPUM. Si mak masih lagi dalam keadaan koma dan kritikal sehinggalah doktor datang bagitau pada si suami, harapan untuk si mak pulih amatlah tipis kerana keputusan scan mendapati otak si mak sudah pun  dipenuhi dengan blood cloth, saluran utama pecah, kandungan garam tinggi, saluran air kat otak pun membengkak.

Peluang untuk hidup sangat tipis. Sedih si suami bila terkenangkan anak-anak yang masih kecil bakal kehilangan ibu tercinta. Anak sulung umur 11 tahun, anak dua dan tiga aku lupa tanya, manakala anak bongsu baru berusia setahun 5 bulan dan masih menyusu badan.

Hari ini hari terakhir si bongsu minum susu mak dia, alhamdulillah tadi nurse usahakan untuk pam susu si mak. Tadi tengok dia minum susu mak dia, nak tumpah jugak air mata aku.

Malam 24 Mei 2019

Doktor beritahu yang meraka akan buat 2 ujian keesokan hari untuk tentukan si mak ini akan bagi respon positif atau negatif.

Sekiranya positif, doktor akan usahakan lagi untuk selamatkan nyawa si mak tetapi sekiranya kedua-dua ujian ini mendapat respon yang negatif, suami dan anak-anak kena redha menerima ketentuan Illahi.

Namun setelah buat kedua-dua ujian tersebut hari ini, memang tidak mendapat sebarang respon yang positif daripada si mak.

Semoga roh Kak Fazilah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Selamatkan perjalanan pulang jenazah dan keluarga dari PPUM sehingga ke Perlis dan engkau mudahkanlahurusan beliau di dunia dan di akhirat. Amin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Facebook Norzatulakmar Othman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*