“Berlepas ke London malam ini..” – Terima kasih semua, doakan Ainul

BAPA bayi perempuan yang menghidap kans3r mulut Germ CeII Tum0r, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menzahirkan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia yang banyak membantu serta mendoakan kesihatan puteri tunggalnya.

Bapa kepada Ainul Mardhiah berusia sembilan bulan itu berkata, sebelum berangkat ke London pada malam ini, pelbagai urusan penting perlu diuruskannya.

Menurutnya, ketika berurusan terutamanya di kaunter syarikat penerbangan yang terbabit, kebanyakan mereka mendoakan agar perjalanan mereka sekeluarga selamat serta Ainul kembali sihat.

“Terima kasih kerana mendoakan perjalanan kami, menyokong penuh usaha serta mendoakan kesejahteraan Ainul.

“Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas usaha dan niat baik tuan, puan selain saya amat menghargainya,” luahnya di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan, Ainul Mardhiah berada dalam keadaan baik untuk berlepas ke London malam ini.

Neneknya, Norlela Ikhyar, 44, berkata, kesihatan cucu sulungnya ketika ini baik dan diyakini tidak memberi kesan sepanjang menaiki kapal terbang.

AHMAD Safiuddin (kiri) dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, (kanan) melihat anak mereka, Ainul Mardhiah yang menghidap kans3r mulut ‘Germ CeII Tum0r’. FOTO Khairunisah Lokman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : Harian Metro  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*