Selepas genap dua bulan Acap hilang, Bomba tampil berikan kenyataan.

Kisah kehilangan Acap sememangnya mengejutkan bukan sahaja dikalangan ahli keluarga mangsa dan teman rapat malah seluruh rakyat Malaysia. Sebaik berita tentang kehilangan Acap tersebar, ramai yang mengikuti perkembangan dari masa ke semasa. Bahkan ada yang sanggup pergi ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang kehilangan Acap.

Hari ini, genap dua bulan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap. Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak masih belum berputus asa mencari mangsa walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah ditangguhkan bermula 17 April lalu sehingga menemui petunjuk baru.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu berkata, pihaknya masih melakukan rondaan berkala di sekitar lokasi Acap dilaporkan hilang. “Kami juga setakat ini masih lagi menerima kunjungan daripada orang ramai yang mahu membantu mencari Acap.

“Walaupun pos kawalan bomba yang dibuka di Kampung Pintu Padang di Gopeng sudah ditutup, tetapi bagi kes ini kita masih lagi meneruskan rondaan secara berkala. Saya dimaklumkan bahawa memang ada orang awam yang datang ke balai bomba memberitahu ada petunjuk.”

“Kita mengalu-alukan, namun setakat ini masih belum menampakkan sebarang hasil,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini. Mohd Yunus berkata, ketika ini, bomba masih berhubung dengan keluarga mangsa bagi mendapatkan sebarang maklumat.

Selain itu, pihaknya berharap kerjasama dan maklumat orang awam boleh membantu usaha mencari Acap. Katanya, mungkin penemuan kukuh dari segi pakaian dipakai antaranya baju dan kasut, boleh membantu usaha pencarian.

“ Bomba juga berharap masyarakat tidak sewenang-wenangnya menggunakan maklumat tidak sahih seperti berdasarkan mimpi, gambaran, suara yang tidak diketahui dari siapa yang mengatakan keberadaan Acap itu di sesuatu tempat yang tidak pasti.”Contohnya seperti di tepi batu dan pokok besar kerana maklumat ini menyukarkan bomba untuk melakukan pencarian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, ketika dihubungi turut memaklumkan tiada perkembangan terbaharu berhubung kes kehilangan Juruteknologi Makmal di Pejabat Kesihatan Daerah Muar, Johor itu.Pada 23 Mac lalu, Acap disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat sebelum rakannya membuat laporan mengenai kehilangannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar

Video tengah cari Acap jin penghuni hutan datang, rupanya Acap bukanlah orang pertama. Ustaz kongsi beliau berdialog dengan jin di tempat pencarian Acap.

TENGAH CARI ACAP, TIBA² JIN ‘PENGHUNI HUTAN’ MENYERANG KAMI!

Semalam dalam misi pencarian Acap hari ke 13 kehilangannya, kami dari jam 10 malam hingga 4 pagi bersama penduduk kampung yang arif selok belok gunung Gua Tempurung & ada dikalangan mereka dah ‘kenal’ lama dengan penghuni gunung² di Gopeng ini, tiba² kerasukan bila saya kumitkan ayat-ayat suci Al-Quran berbentuk dakwah pada bani jin.

Setiap langkah saya diiringi ayat suci Al-Quran, azan dan permohonan agar mereka zohirkan acap jika disembunyikan oleh mereka. Lokasinya dipinggir Gunung Gua Tempurung yang dikatakan ada zhan(sangkaan) dari penduduk kampung yang biasa dengan kes kehilangan orang sebelum² ini. Acap bukanlah orang pertama hilang disini. Katanya penduduk kampung ni,

“kami tahu, gunung di Gopeng ini boleh dikatakan antara ‘pusat’ mereka di Malaysia!”(ini bukan tilik, ini berdasarkan sejarah misteri pernah berlaku di Gopeng, sila belajar dengan penduduk lama disini! Sama seperti Gunung Ledang & sebagainya)

Jadi video ini berdurasi sejam lebih hasil dialog saya dengannya. Cuma saya tak nak kongsikan detail disini(antara sebab dialog jin banyak bohong & fitnah) dan ringkasnya saya nak share jin tersebut cakap jangan angkuh dan sombong bila masuk ke tempat mereka! Saya katakan semua manusia angkuh termasuk aku! JIKA mereka TAK KENAL tuhan pencipta & tak ‘menghormati’ alam kamu(jahil).Kemudian panjang lebar selama sejam lebih dialog saya dengan makhluk PENDUSTA ini!

Pasal acap pula…. Tapi….. Maaf..Saya rasa tak boleh kongsikan mendalam di dunia FB ini kerana sepanjang ribuan mangsa gangguan dibantu saya sama ada di centre Puchong, atau melalui fb page #coachhanif ini, 9/10 mereka(jin) adalah kelentong!

kejap sihir, kejap saka, kejap bunian, kejap orang hantar, kejap saka keturunan dan sebagainya! Ke macam mana anak-anak didik gangguan & followers saya sekalian? Anda selalu dikelentong oleh mereka bukan walau sudah jumpa ramai perawat?

Justeru peratusan mempercayai apa dikatakan oleh Jin malam tadi tak boleh dipercayai!(Kerana zhan tadilah kami berada di pinggir gunung ini, dikatakan acap ada disini, tapi bila kami datang tak nak ‘buka jalan’ pulak dan tak bagi balik pun acap!) Oh permainan dunia jin sudah saya kalis!

Kerana itu medium saya bawakan sepanjang MEMBIMBING mangsa gangguan ini, BUKAN merawat semata-mata, adalah LEBIH BAIK dakwahkan pada mangsa gangguan agar lebih DEKATKAN diri dengan Tuhannya supaya segala gangguan ‘mak limah’ itu lemah melalui kekuatan iman, amal & semangatnya! Bukan kekuatan perawat atau ustaz membantu! Itu lah ditunjukkan ajarkan oleh Baginda Nabi SAW pada kita sebagai ummatnya.

Cuma saya agak terkilan bila isu Acap ini ramai meng’viral’kan tentang tilikan atau kaedah ‘scanning’ dari pengamal² perubatan gangguan & islam, “acap ada disini, acap ada disana, acap kena sorok, acap kena kurung, acap kena ikat, acap kacau tempat dia, acap kencing merata, acap sombong masuk hutan, acap ada jin suka, acap masuk alam bunian, acap bla bla bla.. ” Astaghfirullah!!

Allah dan Nabi larang perkara ini.. Hayati firman Allah swt ini:

عٰلِمُ الۡغَيۡبِ فَلَا يُظۡهِرُ عَلٰى غَيۡبِهٖۤ اَحَدًا ۙ‏ ﴿26﴾ اِلَّا مَنِ ارۡتَضٰى مِنۡ رَّسُوۡلٍ فَاِنَّهٗ يَسۡلُكُ مِنۡۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهٖ رَصَدً

“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redhaiNya – Al-Jin: 26-27.. Manakala tentang sangkaan, tuduhan tanpa bukti pula, Allah & Nabi mengatakan:

اِجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ “Jauhilah kalian dari kebanyakan persangkaan, sesungguhnya sebagian prasangka adalah dosa” – (Al-Hujuraat: 12)

Nabi SAW pula bersabda:

إياكم والظنَّ، فإنَّ الظنَّ أكذب الحديث

“jauhilah prasangka, karena prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta” – (HR. Bukhari-Muslim).

Jadi saya berharap, majlis agama atau insitusi agama yang berautoriti jalankan tanggungjawab sedarkan masyarakat perihal ini. Masih ramai yang taasub & salah faham mengenai alam jin dan terhadap pengamal perubatan mistik ini yang menggunakan kaedah syubhah bahkan haram seperti tilik, scan, guna khadam(jin), orang perantaraan, rijalul ghaib dan sebagainya!

Diakhir sesi dialog dengan makhluk tersebut, sempat saya memohon maaf dengan penghuni gunung & hutan tersebut, jika ada pengamal perubatan atau sukarelawan yang masuk buat perkara-perkara yang tidak disukai mereka, atau tak menghormati dunia mereka. Walaupun niat suci nak cari Acap, tapi tak belajar ilmu hutan & ‘bunian'(jin).

Last sesi dialog tersebut, saya mampu nasihat & dakwahkan mereka;

“Hanya aku mintak, jika betul² kamu sembunyikan acap, kembalilah dia sama ada masih ada atau sudah tiada.. Family dia dan rakyat malaysia sedang menantikan kepulangannya! Aku tak pernah tuduh kamu, tapi pengalaman aku cukup meyakinkan jika polis, bomba, sukarelawan dah cari berbelas hari belum ketemui, mungkin ada unsur misteri disini dari kaum kamu! Kerana penduduk sini pun tahu yang gunung² di Gopeng ini ada ‘penghuni ghaib’ seperti kamu ini!..”

Kemudian misi diteruskan mencari dengan hint² yang diberikan oleh makhluk tersebut dan penduduk kampung ini. Memang ada juga dia cakap takkan serahkan acap seperti viral sekarang ini, tapi saya tetap berpegang pada ilmu Al-Quran & Sunnah, JANGAN PERCAYA totally apa dicakapkan oleh jin, kebimbangan AKIDAH tergelincir dan MENGAGUNGKAN alam mereka yang penuh tipudaya! Cari tetap cari, sama ada sembunyi alam ghaib, atau hilang sesat dihutan!

Bagi pengamal yang ada unsur saya nyatakan diatas, mohon maaf, sabda Nabi SAW;قل الحقَّ ولو كان مرَّاً “Berkata benarlah walau pahit!” – Sohih Ibnu Hibban

Saya tak mahu dengan tilik menilik, tuduh menuduh, sangka sangkaan membuatkan akidah rakyat Malaysia dan khasnya keluarga mangsa tergelincir, dan taasub pada makhluk hantu yang takde kelebihan & kemuliaan pun berbanding manusia dijadikan Allah sebaik-baik ciptaan seperti kata Allah didalam Al-Quran Al-Karim..

Justeru sama-sama lah kita bawa ilmu ini dengan ilmu yang soheh dari Al-Quran, hadis & ulama.. Bukan sekadar kutip pengalaman sembang atau main dengan hantu 24 jam.. Jin amat suka kita berubat tanpa ILMU..Last, saya harap kita JUST doakan sahaja Allah pertemukan kembali acap ke pangkuan keluarganya. Dan sukarelawan sama ada orang awam, ngo, perawat, ustaz, dan sebagainya lagi dipermudahkan urusan mencari mangsa. Dan juga Allah berikan ketabahan hati buat keluarga mangsa InshaAllahu Taala!!

Sekian, saya HANIF AHMAD – Jurulatih Gangguan Jin anda sudi bimbing anda pulih dari sihir, saka, santau tanpa ingin bergantung harap pada perawat lagi!Dipersilakan #share untuk kesedaran rakyat Malaysia atas isu yang penuh kekeliruan ini!

Sumber Fb Hanif Ahmad – Jurulatih gangguan jin

Sukarelawan dedah dimana isyarat handphone Acap dikesan kali terakhir dan kongsi situasi pelik disitu.

MESKIPUN tiada petunjuk baharu ditemui sehingga hari ke-13, ia tidak mematahkan semangat sekumpulan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hasan. Mohamad Ashraf atau lebih dikenali Acap dipercayai hilang selepas dia gagal tiba di garisan penamat pada 23 Mac lalu.

Anuar Yahya, salah seorang sukarelawan yang menyertai operasi SAR sejak hari pertama memberitahu pencarian kini bertumpu di lokasi terakhir isyarat telefon bimbit Acap dikesan. “Operasi masih berjalan tapi dalam kekuatan yang kecil membabitkan kira-kira 15 sukarelawan. Pencarian kami bertumpu di bawah terowong dekat telco (menara telekomunikasi). “Di situlah isyarat telefon bimbit dia dikesan kali terakhir sebab itu sahaja telco yang hampir dengan dia pada jarak 500 meter,” katanya kepada mStar Online.

Sukarelawan berusia 42 tahun itu menyifatkan operasi SAR tersebut amat sukar kerana tiada sebarang petunjuk ditemui. “Sepanjang pencarian itu kami naik dari Bukit Batu Putih hinggalah ke Bukit Rattih memang tak jumpa apa-apa klu.

“Kalau nak redah hutan tu memang biasa tapi petunjuk tak dapat-dapat. Pencarian Acap susah nak dapat klu. Cuma sekarang hanya harapkan pencarian di isyarat terakhir telefon bimbit dia,” katanya. Berpengalaman luas dalam misi SAR, Anuar berkata dia dan beberapa rakannya pernah berdepan situasi pelik semasa pencarian di Gua Kandu.

“Bunyi pelik macam suara orang memanggil… susah nak cakap tapi itu bukan suara Acap. Ia bunyi macam suara orang minta pertolongan. Tapi bunyi tu sekejap sahaja lepas tu hilang. Kami pun ada nampak kelibat yang tiba-tiba hilang dari pandangan. Ia berlaku sekitar pukul 5 petang,” katanya. Pokok celah batu pun kami cari tapi memang (dia) tak ada. Begitu juga bawah pokok besar pun kita dah cari. Memang tak ada apa-apa klu.

Ditanya mengenai perasaan Anuar ketika itu, dia dan beberapa rakannya terus beredar tinggalkan kawasan tersebut. “Biasalah bila kita jumpa benda mistik tu kita dapat rasakan sebab kita tahu itu memang kawasan mereka. “Jadi kami enggan ambil sebarang risiko dan cepat-cepat beredar. Apa pun kita kena hormat tempat mereka,” katanya.

Mengenai beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial mendakwa Acap berada di lokasi tersebut, Anuar berkata pencarian memang sudah dilakukan 100 peratus di kawasan terbabit. “Ada gambar kata dia dalam gua tepi pokok… kita cari tapi memang tak nampak dia. Dia bukan di dalam gua tersebut.

“Pokok celah batu pun kami cari tapi memang (dia) tak ada. Begitu juga bawah pokok besar pun kita dah cari. Memang tak ada apa-apa klu,” katanya. Bagaimanapun Anuar yang berasal dari Pahang berkata, beberapa ustaz turut dibawa masuk ke hutan tersebut dan bertumpu di sekitar Gua Tempurung.

“Alam mistik ni kita tak boleh nak cakap apa. Walaupun pencarian sudah dilakukan di hampir semua lokasi tapi operasi skala kecil tetap diteruskan. “Kami fokus pencarian di bawah terowong manakala kumpulan ustaz pula tertumpu dekat Gua Tempurung. Apapun mohon doa orang ramai agar Acap ditemui segera. Insya-Allah,” katanya.

Sumber mstar

Rakan dedah kecekapan Acap daki gunung dan bukit..

MUAR – Meskipun hilang sejak lima hari, namun rakan Mohd Ashraf Hassan, 29, yang hilang selepas mendaki Bukit Putih, Gopeng yakin pemuda itu masih hidup.

Khairul Akmal Azit, 34, berkata, rakannya yang lebih mesra disapa Acap sememangnya berpengalaman luas dalam mendaki sama ada gunung mahupun bukit. “Kami semua tahu minatnya terhadap aktiviti pendakian ini sehinggakan ada sebilangan rakan menggelarnya ‘orang gunung’. Saya yang pernah ikuti beliau mendaki mengakui kepantasan dan kecekapan Acap mengetuai aktiviti ini.

“Sebab dalam Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar, kami memang ada satu kumpulan mendaki yang akan dikawal AJK. Acap merupakan salah seorang daripada mereka. Jadi kalau terlibat aktiviti mendaki, Acap mengawal pergerakan kerana dia memang bijak buka trek baru dan cari jalan di kawasan bertanah tinggi itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Khairul Akmal yang merupakan pembantu perubatan di Klinik Kesihatan Parit Bakar di sini berkata, sepanjang lima tahun mengenali Acap, juruteknologi makmal perubatan di PKD itu turut membuat persediaan rapi untuk program Sabtu lalu. “Saya percaya kalau betul dia sesat di alam nyata, Acap pasti boleh cari jalan keluar. Sebab dia bukan setakat pakai baju terang, malah turut guna jam tangan dilengkapi sistem GPS.

“Saya tahu Acap kuat dan yakin dia masih hidup. Meskipun tidak dapat ke sana untuk membantu, namun kakitangan PKD Muar tak pernah putus mendoakan keselamatan Acap selain mengadakan solat hajat buatnya. “Malah, Pegawai Kanan PKD (Dr Noorhaida Ujang) juga memberikan keizinan kepada kami untuk pergi ke lokasi secara bergilir-gilir kerana faham kebimbangan dan harapan kami sebagai sahabatnya,” kata-nya.

Antara sukarelawan yang turut serta dalam misi ini adalah Mak Anjang dan suaminya, Pak Anjang. MW menghubungi Mak Anjang untuk mendapatkan gambaran terkini tentang misi pencarian Acap yang masih misteri sampai ke hari ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*