‘Tukar & Tambah Ayat Dalam Doa’ – Fasha Sandha Kongsi Tips Dapatkan Zuriat

Hati suami mana tidak gembira apabila mendapat khabar baik tentang kehamilan isteri tercinta. Begitu juga yang dirasai pelakon Aidil Aziz setelah mendapat kejutan dari Fasha Sandha. Aidil Aziz menerusi Instagramnya telah berkongsi video saat bahagia yang menyentuh hati itu.

Sementara itu, Fasha Sandha turut berkongsi beberapa tips dan doa yang perlu diamalkan untuk memiliki zuriat sekali gus menjamin kebahagiaan rumah tangga.

Terlalu awal untuk dikongsi

Syukur Alhamdulillah, kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam (kali pertama di hari pernikahan kami). Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.

Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil, ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian. Saya ingin kongsi pada semua. Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.

Tukar pattern doa

Selepas pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya, belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat. Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.

Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah, Allah maha mengetahui. Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah. Saya sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sebab terlalu selesa menjadi ibu tunggal.

Tahniah encik suami

 

View this post on Instagram

 

Kena surprised masa photoshoot dekat studio @pinography . Thanks Allah,Isteri & Family.🤗

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on

Tiba-tiba je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama-sama tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri. Lagi satu, selalu kena ingat ‘semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila-bila masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.

Tahu tak, semalam satu studio menangis I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat. Kenangan manis. Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita) Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan, due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur.

Surat cinta daripada isteri

Aidil turut berkongsi sekeping surat dan pregnancy test milik Fasha Sandha yang menunjukkan isterinya itu telah sah hamil tiga minggu. Aidil menerusi posting ini juga berharap agar anak mereka dilahirkan pada tarikh yang sama dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: Fasha Sandha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*