Cover Lagu Iman Mutiara, Netizen Serba Salah Nak Beritahu Suara Fattah Amin ‘Sengau’

Jika sebelum ini kolaborasi antara Alif Satar dan kumpulan Raihan menerusi lagu Sesungguhnya 2019 mencuri tumpuan netizen. Terbaru, giliran Fattah Amin pula mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik video cover lagu Iman Mutiara nyanyian kumpulan yang sama.

Video yang berdurasi 1:00 itu mendapat lebih 100k tontonan dan pelbagai reaksi daripada netizen. Korang patut dengar!

Iman adalah mutiara

 

View this post on Instagram

 

Iman Adalah Mutiara by @raihaninternational feat @melramlan #fattahaminandfriends

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Menerusi Instagram Fattah, dia membuat cover tersebut bersama seorang rakannya. Melalui cover tersebut, mereka mendapat komen yang positif dan negatif daripada netizen dan rakan artis.

Macam sengau

Sesetengah netizen menganggap nyanyian Fattah seolah-olah sengau dan tidak sesuai. Mereka juga memberi pandangan bahawa pelakon tersebut sesuai untuk berlakon, berniaga dan model sahaja.

Tak suka tak payah kutuk

Ada juga netizen dan rakan artis yang sokong dan suka nyanyian Fattah. Mereka menganggap nyanyian Fattah sungguh ikhlas. Soal vokal, pelakon tersebut boleh belajar dan baiki. Mereka turut menantikan cover Fattah yang seterusnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: Fattah Amin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*