Bayi mengeras, lepas tu diam’ – Hanis Zalikha kongsi pengalaman bayi dalam kandungan tidak bergerak

PELAKON Hanis Zalikha berkongsi pengalaman bayi di dalam kandungannya tidak bergerak ketika menjalani ibadah puasa.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Hanis, ketika hari kedua berpuasa, bayi berkenaan yang sebelumnya sangat aktif tiba-tiba mengeras dan tidak bergerak.

“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa, maknya jenis okay berpuasa, namun tidaak lapar dan tidak dahaga.

“Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mula mengeras, lepas tu dia diam je, baby yang kali ni sangat responsive tapi masa tu kita geletek dia, Daddy panggil, semua dia tak respon,” tulis Hanis dalam kapsyennya.

Namun begitu, keadaan bayi tersebut kembali normal apabila ia mula bergerak selepas Hanis berbuka puasa dalam keadaan segera.

 

View this post on Instagram

 

Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila. Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”. Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita, swipe left untuk sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

“Daddy dia suruh buka puasa, minum air dan makan, dah teguk susu kurma, makan coklat, biskut, dan baby terus menendang kuat gila,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang terdiri dari kaum ibu turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Suami Hanis, Pelakon Hairul Azreen mengumumkan kehamilan kali kedua isterinya itu pada 1 November tahun lalu.

Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 itu telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan popular sebelum ini iaitu Yusuf Iskandar.

Tag: Hanis Zalikha, Instagram, bayi, puasa, keselamatan, ibu, air, susu kurma, coklat, keluarga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : astroAwani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*