‘Terima Kasih Kak Long’ – Didi Astillah Titip Ucapan Buat Bella Astillah

Segala spekulasi dan kontroversi melibatkan penyanyi Aliff Aziz akhirnya berakhir dengan kejutan dimana semalam dia dan isterinya, Bella Astillah bercerai dengan talak satu selepas dilafazkan penyanyi itu pada 3.45 petang di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25.

Bella Redha 

Sejurus selepas perceraian mereka, Bella turut memuatnaik sebuah posting terbaharu di laman Instagram berkenaan perpisahannya bersama Aliff. Menurut Bella, dia bersyukur segala urusannya dipermudahkan. Biarpun sedih dengan perpisahan tersebut, namun dia akur dengan apa yang terjadi selain menganggap apa yang terjadi merupakan takdir dari Allah SWT. Dalam pada itu, dia turut mengucapkan terima kasih atas doa yang diberikan buatnya dan keluarga sejak dahulu lagi.

Didi Sifatkan Bella Sebagai Contoh Terbaik 

Dalam perkembangan lain, perhatian turut tertumpu pada posting yang dimuat naik oleh adik Bella, Didi Astillah. Didi yang juga seorang pelakon dan penyanyi kelihatan begitu ayu memakai jubah dan tudung labuh berwarna merah dimana menurutnya pakaian itu telah diberikan oleh Bella sendiri sebagai hadiah.


Menyifatkan kakaknya itu sebagai contoh yang terbaik, Didi turut mendoakan agar kakaknya itu akan sentiasa tenang menghadapi dugaan tersebut. Rata-rata pengikutnya turut berasa terharu dengan ucapan tersebut selain memuji keayuan Didi memperagakan jubah pemberian kakaknya. Be strong Bella!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*