[5 Foto] Dulu Hidung Tak La Macam Senappang Sangat” – Kongsi Foto Sewaktu Kecil, Hidung Zizan Pula Jadi Perhatian

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil bersama abangnya, Hafiza Razak.

Zizan berkongsi foto ‘throwback’ itu menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya sempena  ulang tahun kelahiran abang kesayanganya.

Ucapan beliau:

“Happy birthday to my big brother @hafizarazak semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Sentiasa dilindungi Allah dan panjang umur. #happybirthday #sibling,” tulisnya.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhartian bukanlah gelagat Zizan di dalam foto tersebut sebaliknya bahagian hidungnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan coretan berbentuk gurauan semata-mata untuk mengusik Zizan.

“Dulu hidung tak lah macam senappang sangat,” komen @hilmihalim

“Time kecik tak adalah tinggi nau hidung, sekarang bakpe die meninggi nau tu bang,” usik @famy420

“@zizanrazak869 time ni hidung awak belum besau lagi eh… Tapi walau macam mana pun saya minat awak! Time ni awak comey je eh” coret @norah_hanns

Terdahulu, Zizan sebelum ini memang terkenal dengan bentuk hidung yang mancung di kalangan peminatnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @VIRALKAMI.COM

Sumber : @zizanrazak869 via Astrogmpak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*